• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Pegawai Felda Beri Penerangan Di Bera

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan kehadiran pegawai ibu pejabat Felda untuk menjelaskan isu berkaitan agensi kerajaan itu kepada peneroka tanah rancangan di kawasan ini.

Beliau berkata penerangan tepat perlu dilakukan supaya peneroka tidak dikelirukan dengan pelbagai isu berkaitan Felda khususnya kontroversi hak milik tanah di Jalan Semarak, yang mungkin dijadikan modal politik pembangkang.

“Kita berharap isu Felda dijawab sendiri oleh orang Felda yang lebih tahu tentang fakta apa sebenarnya yang berlaku. Perkara sebegini lebih baik diterangkan sendiri oleh mereka daripada orang politik.

Jika orang politik bercakap ada yang memandang remeh sebab beranggapan itu hanya cakap-cakap politik… tapi kita sebenarnya mahu masyarakat dapat penerangan yang tepat,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Simulasi Hari Pengundian P090 Bera anjuran Biro Latihan UMNO Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai Datuk Seri Norol Azali Sulaiman, ADUN Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman dan ADUN Padang Tengku Datuk Mustapa Long selaku pengerusi biro latihan itu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) untuk bekerja secara luar biasa bagi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.

Katanya, mereka seharusnya mengukuhkan kekuatan dalaman sebagai ‘formula kemenangan’ dan bukannya berharap kepada perpecahan atau kelemahan pakatan pembangkang yang memungkinkan wujud pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya.

“Kita tidak boleh anggap boleh menang mudah jika PAS dan Pakatan Harapan meletakkan calon mereka sehingga alpa untuk bekerja kuat. Pertandingan tiga penjuru juga bukan perkara asing kepada kita di Bera.

Sejak Parlimen Bera diwujudkan, PAS bertanding di sini sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila kerusi (Parlimen Bera) diberikan kepada PKR. Ia menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga ada penyokong PAS bertanding bebas,” katanya.

Ismail Sabri berkata selain persediaan menarik pengundi, persiapan juga dilakukan kepada petugas pada hari pengundian bagi memastikan mereka tahu bidang tugas masing-masing supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan parti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobPegawai Felda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Beradik Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Tali Air

Next Post

Kongsi Gambar, Comelnya Baby Azwan Kombos!

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Kongsi Gambar, Comelnya Baby Azwan Kombos!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd