• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Laksana Inisiatif Tambah Baik Pesat Pada 2018

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus meningkatkan standard perkhidmatan di lapangan terbang utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui satu siri inisiatif penambahbaikan pesat tahun ini, kata pengarah urusannya, Datuk Badlisham Ghazali hari ini.

Sebagai satu daripada lapangan terbang paling sibuk di dunia, beliau berkata inisiatif penambahbaikan ini bukan sahaja dijangka melonjakkan rankingnya di global tetapi yang lebih penting ia bertujuan untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan secara keseluruhan untuk pemegang kepentingan paling penting iaitu pengguna lapangan terbang.

“Sepanjang tahun akan menyaksikan banyak inisiatif penambahbaikan, baik kecil mahupun besar, dilaksanakan… Malah kami berhasrat memperkenalkan satu penambahbaikan seminggu,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MAHB ialah antara pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi jumlah penumpang yang dikendalikan. Ia mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki. Ia juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang dan perkhidmatan teknikal bagi pembangunan, operasi, penyelenggaraan dan pengurusan lapangan terbang antarabangsa di luar negara.

Badlisham berkata MAHB bermula tahun ini dengan melaksanakan segera inisiatif yang mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai dan netizen.

Beliau berkata, antara inisiatif itu ialah menjalin kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membuka lebih banyak kaunter biasa semasa waktu puncak supaya masa beratur dapat dipendekkan.

“Penumpang di KLIA boleh menaruh harapan bagi inisiatif seterusnya termasuk video kesedaran dan instruktional di pusat pemeriksaan keselamatan supaya penumpang tahun proses seterusnya dan proses akan lebih lancar. Kemudahan daftar masuk bagasi sendiri yang baharu di klia2 juga akan disediakan dalam masa dua minggu akan datang,” kata beliau.

Beliau beliau berkata, MAHB telah menyediakan tempat duduk yang selesa di kawasan menunggu bas untuk kemudahan penumpang yang menggunakan perkhidmatan pemindahan secara percuma dari satu terminal ke satu terminal.

Berikutan pertumbuhan pesat dalam pergerakan trafik penumpang di KLIA dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, Badlisham berkata ia lebih penting sekarang berbanding sebelum ini untuk mendapatkan maklum balas pelanggan

“Kami menerima ribuan maklum balas dalam setahun – aduan, cadangan dan juga pujian. Bukan sahaja kami menjawab maklum balas ini tetapi kami menganggapnya sebagai amat serius dan segera bertindak. Setiap perkara kecil diambil kira,” kata beliau.

Sementara itu, Badlisham berkata MAHB telah melaksanakan langkah-langkah ketat untuk mengurangkan kesesakan trafik di laluan mengambil dan menurunkan penumpang. Langkah-langkah itu termasuk pemasangan tonggak jalan untuk mengelakkan pemandu meletak kenderaan sesuka hati serta menghadkan masa menunggu di bahu jalan kepada dua minit.

Pada masa yang sama, beliau berkata MAHB bekerjasama rapat dengan polis trafik untuk menghalang pemandu meletak kenderaan di tepi jalan dan membahayakan pemandu yang lain.

“Untuk kawasan menunggu yang lebih selesa dan selamat, kami menyediakan Long-Term Car Park (LTCP) yang mempunyai 5,000 ruang parkir. Kami menggalakkan pemandu menggunakan kemudahan ini untuk mengelakkan insiden disaman dan kereta dikapit atau ditunda.

Kemudahan menunggu untuk pemandu perkhidmatan e-hailing juga disediakan dengan 400 ruang parkir bersebelahan LTCP untuk kegunaan mereka,” kata beliau.

Mengenai projek jangka panjang, seperti baik pulih dan menaik taraf aerotren, penilaian dan penyelenggaraan landasan serta kerja-kerja pembesaran di lapangan terbang lain, Badlisham berkata “kami akan berkongsi maklumat mengenai kemajuan projek yang dikemas kni secara berkala supaya orang ramai mengetahui tentang perkembangannya.” – BERNAMA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sewa Kedai Atasi Kesesakan Poliklinik Jalan Oya

Next Post

Jenazah Pemandu Bas, Anak Selamat Dikebumikan

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

Next Post

Jenazah Pemandu Bas, Anak Selamat Dikebumikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd