• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tidak Kawal Pakatan Harapan!

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan sama sekali dapat mengawal Pakatan Harapan.

Bagi beliau Pakatan Harapan tidak pernah menyertai Mahathir, sebaliknya Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyertai Pakatan Harapan selepas menerima setiap prinsip gabungan parti pembangkang yang diketuai DAP itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu malah mendakwa bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara masih ketua intelektual dan falsafah kepada gabungan parti pembangkang tersebut.

“Jika dia (Anwar) bukan banduan politik, dia yang akan menjadi ketua rasmi dan calon Perdana Menteri.

“Mahathir dan PPBM yang datang kepada kami. Mahathir sertai Pakatan Harapan dan mengikut semua prinsip dan polisi Pakatan Harapan yang kebanyakannya dibuat oleh Anwar,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan Nurul Izzah mengenai bapanya seorang banduan politik itu bagaimanapun bercanggah dengan fakta Anwar dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun oleh mahkamah kerana meliwat pembantu peribadinya.

Naib Presiden PKR itu seterusnya mengaku beliau secara jujur tidak tahu niat sebenar Mahathir menyertai Pakatan Harapan, tetapi mendakwa apa yang dilakukan Mahathir itu adalah perkara yang betul.

“Saya juga tidak tahu niat sebenar mereka yang menyebarkan perpecahan Pakatan Harapan, tetapi ia adalah salah,” dakwanya lagi.

Nama Anwar dalam Pakatan harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) kian suram sejak gabungan parti pembangkang itu disertai Mahathir dan parti baharunya, PPBM Mac tahun lalu.

Mahathir yang diketahui memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa bulan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun mendapat tentangan sebahagian besar penyokong pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nurul Izzah Anwar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cuti Nurul Izzah Tiada Had Masa, Boleh Kembali Jadi Timbalan Presiden PKR

Cuti Nurul Izzah Tiada Had Masa, Boleh Kembali Jadi Timbalan Presiden PKR

14/08/2026
0

AYER KEROH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia menerima semula Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti apabila beliau telah...

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd