Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan Terhadap Katerer Punca...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam syarikat katerer...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN...

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti...

“Kluster ‘Oversea’ Menjengkelkan, Rindu...

KUALA LUMPUR - Seorang petugas barisan hadapan menyifatkan kluster baharu pesakit jangkitan koronavirus...

128 Belia Asnaf Raih...

KANGAR - Seramai 128 belia anak-anak asnaf di Perlis yang menyertai program Akademi...

“Mahathir Gila Kuasa, Gamak Gelar Kami Sampah”

IBARAT habis madu sepah dibuang… Begitulah perumpamaan digunakan bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman sebagai reaksi terhadap nasib dirinya.

Ia susulan gelaran ‘sampah’ yang selamba biadab digunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap ramai individu termasuk pengasas PPBM meninggalkan parti serpihan UMNO itu setelah berasa diri mereka ditipu hidup-hidup.

Hamidah malah menzahirkan perasaan terkejut dan kecewa dengan kenyataan Pengerusi PPBM itu yang secara terbuka tergamak menggelarkan beliau dan pengikutnya sebagai sampah, lebih hina daripada musuh politiknya.

“Sebagai seorang tinggi kedudukan, negarawan terulung boleh letak dirinya begitu rendah dengan menggunakan persidangan itu (Perhimpunan Agung Tahunan PPBM) untuk hentam saya dan rakan yang keluar parti tersebut.

“Tidak adil Mahathir buat begitu kerana kami pun banyak melakukan pengorbanan termasuk ketika saya membuat keputusan untuk bersama-sama beliau. Saya bahkan ketika itu masih Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng.

“Tapi demi beliau, saya sanggup melepaskan segala jawatan dalam UMNO dan begitu juga dengan rakan saya untuk mengasaskan PPBM,” kata Hamidah pada sidang media khas di kediamannya di Batu Gajah, Perak semalam.

Beliau yang keluar parti itu pada 16 September lalu menyifatkan Mahathir, 92, sebagai pemimpin diktator, ego serta mementingkan diri sendiri sehingga sanggup melupakan jasanya sebagai salah seorang pengasas PPBM sendiri.

“Tetapi inilah Mahathir, seorang diktator yang semua orang mesti dengar cakap beliau, kalau tidak ikut, beliau akan serang. Beliau hanya bersama dengan sesiapa yang mahu sekongkol dan jika bercanggah, beliau menolak,” katanya.

Hamidah bahkan tidak tolak kemungkinan Mahathir buat perkara sama terhadap ramai pemimpin pembangkang lain jika mendapati mereka enggan mengikut telunjuknya sebagai mana pernah dilakukan ketika dalam UMNO.


Hamidah yang juga bekas Exco kerajaan Perak, mengakui berasa tertipu selepas menyertai PPBM kerana pada awal penubuhan parti itu mendakwa konon mahu ganti perjuangan UMNO demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Namun ujarnya, pada persidangan agung sulung PPBM di Shah Alam, Selangor kelmarin, jelas menunjukkan ia hanya menjadi tempat luahan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan tersebut bukan sebagai platform perancangan untuk rakyat malah lebih teruk, ia dijalankan tanpa mengikut perlembagaan parti itu sendiri apabila ramai bahagian didapati tidak melakukan mesyuarat tahunan.

Lebih aib jelas Hamidah lagi, tindakan PPBM mengemukakan satu usul sahaja supaya Mahathir kembali menjadi perdana menteri, sudah cukup menunjukkan bahawa matlamat parti itu dirancang Mahathir berbaur ‘gila kuasa’.

“Mahathir hari ini bukanlah seperti dulu, beliau sudah ada kelemahan mental dan fizikal, malah cakapnya juga tidak konsisten dan saya khuatir kelemahan beliau untuk jadi perdana menteri,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori