• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macau Scam: Penyelia Kilang Kerugian RM30,000

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang penyelia sebuah kilang di Pekan mengalami kerugian RM30,000 selepas diperdaya menerusi panggilan palsu dari sebuah bank, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 44 tahun sebelum itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan sebuah bank dan mendakwa mangsa mempunyai pinjaman tertunggak sebanyak RM30,000.

“Mangsa diminta segera menyelesaikan tunggakan tersebut untuk mengelak daripada dikenakan tindakan sebelum diperkenalkan kepada seorang ‘anggota polis’ di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Terengganu, yang dikenali sebagai Sarjan Zamri.

“Suspek kemudian memberitahu bahawa mangsa telah terlibat dengan kegiatan jenayah dan boleh direman 45 hari tanpa bicara serta penjara 15 tahun, menyebabkan mangsa ketakutan sebelum panggilan itu disambung pula kepada seorang pegawai atasan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wazir berkata mangsa yang terpedaya dengan panggilan itu, pegawai itu meminta mangsa memindahkan RM30,000 daripada akaunnya kepada sebuah akaun bank lain miliknya, diikuti satu lagi transaksi pemindahan wang sebanyak RM21,114 ke akaun keduanya melalui Tabung Haji Cawangan Pekan.

Katanya mangsa kemudian pulang ke rumah dan menceritakan hal itu kepada isterinya sebelum menyedari dia ditipu.

Beliau berkata sebaik menyedari hal itu mangsa kemudian cuba menyekat akaun miliknya, namun hanya berjaya menyelamatkan RM21,114 sahaja manakala wang RM30,000 yang dimasukkan lebih awal telah lesap. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd