• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo Tahun Memperkasa Wanita Dilancar Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan logo Tahun Memperkasa Wanita (TMW) 2018 bagi tujuan penyeragaman dalam mempromosikan aktiviti pembangunan wanita yang dijalankan oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Abdul Karim berkata penggunaan logo itu yang dijadual dilancarkan Rabu ini bersama-sama portal TMW 2018, akan diperluas ke setiap negeri menerusi program keusahawanan seperti Empower yang dijalankan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

“Sementara itu, portal TMW 2018 pula akan mengandungi pelbagai maklumat dan aktiviti berkaitan pembangunan wanita sekali gus boleh menjadi rujukan kepada pelbagai organisasi, NGO mengenai pencapaian wanita rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen dan Juara Empower ECER Maran, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 400 peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dan 15 peserta Latihan Akademik menerima sijil masing-masing.

Sementara itu, Rohani berkata kementeriannya juga menyasarkan 59 peratus penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada 2020 seperti ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Setakat ini penyertaaan wanita dalam pasaran pekerjaan hanya 56 peratus dan kita yakin dapat mencapai sasaran 59 peratus berkenaan menerusi kerjasama pelbagai pihak seperti ECERDC kerana lebih 90 peratus daripada peserta Empower ECER adalah wanita walaupun ia terbuka kepada semua termasuk lelaki,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimTMW
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencipta Nama Proton Saga Meninggal Dunia

Next Post

Tempias Fitnah, Raja Afiq Tiada ‘Job’ Lakonan

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

Next Post

Tempias Fitnah, Raja Afiq Tiada 'Job' Lakonan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd