• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lebih Baik Bersama Syaitan Yang Dikenali”

oleh Ahmad Albab
22/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pada zaman dahulu ada seorang pemimpin yang bermadah adalah lebih baik bersama syaitan yang dikenali daripada bersama malaikat yang tidak dikenali,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, kenyataan itu sangat mengejutkan kerana ia dibuat oleh seorang pemimpin yang mengaku dirinya beriman sedangkan umat Islam jelas diperintahkan Allah S.W.T supaya beriman kepada malaikat iaitu makhluk yang baik dan mulia.

Abdul Hadi tanpa menyebut pemimpin yang beliau maksudkan itu malah mengingatkan syaitan telah ditetapkan sifat wajibnya iaitu jahat dan menipu walaupun dia berupa manusia yang segak dan menarik.

“Allah menyuruh kita beriman kepada adanya makhluk malaikat yang sangat suci peribadinya. Sebaliknya syaitan pula, Allah menyuruh hamba-Nya memohon perlindungan Allah daripada kejahatannya dalam surah terakhir al-Quran dan setiap kali memulakan bacaan al-Quran.

“Ia menunjukkan betapa bahayanya syaitan dalam kehidupan manusia sehingga orang membaca al-Quran boleh ditipunya termasuk yang bersembahyang apatah lagi yang buta al-Quran atau kurang sembahyangnya dan lebih lagi kalau tidak sembahyang kerana terus boleh dikerah bila-bila masa dan di mana sahaja menjadi khadam atau ejennya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Perdana Menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2012 pernah dilaporkan sebagai berkata “lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali.”

Abdul Hadi seterusnya menyindir pemimpin itu mungkin telah mengenali dan bersahabat dengan syaitan kerana tidak pernah melihat malaikat dan percaya syaitan yang lebih berjasa serta berbudi sebelum dia juga berperangai menipu dan memutar belit seperti syaitan.

Jelas beliau, ia berbeza dengan orang yang beriman percaya dengan pesanan al-Quran dan nasihat Rasulullah S.A.W walau pernah ditipu atau disesatkan oleh syaitan, maka dengan segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Beliau memetik kisah dalam kitab Tasawuf yang menceritakan pada zaman dahulu bagaimana seorang yang kuat beragama boleh ditipu oleh syaitan walaupun tidak pernah meninggalkan solat.

“Demikianlah akibat percaya kepada syaitan yang dapat dilihat dan tidak percaya kepada malaikat yang tidak dapat dilihat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hadi AwangTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Haji Hadi Buat Azmin Ali Tidak Senang Duduk

Next Post

Rozita Che Wan Bakal Jadi Penyanyi Pula!

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Next Post

Rozita Che Wan Bakal Jadi Penyanyi Pula!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd