• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Lebih 64,000 Pegawai, Anggota PDRM Siap Sedia

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan lebih 64,000 pegawai dan anggotanya di seluruh pusat mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata secara keseluruhannya, pasukan keselamatan itu telah bersedia termasuk dari segi peralatan dan latihan untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata, selain pusat mengundi, pihaknya juga akan menempatkan anggota di bilik gerakan dan beberapa lokasi lain yang sesuai.

“PDRM akan menggunakan kekuatan pegawai dan anggotanya secara maksimum bagi memastikan kelancaran PRU14 dan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Penggunaan kita (PDRM) paling tinggi adalah pada hari mengundi, namun, kita juga tidak menjangkakan apa-apa masalah pada hari penamaan calon dan tempoh berkempen di mana PDRM telah menjalankan latihan sewajar,” katanya kepada pemberita pada lawatan di syarikat Dalac Marine Engineering & Services Sdn Bhd, di sini hari ini.

Zulkifli berkata, PDRM juga akan menggunakan 5,000 anggota Pasukan Sukarelawan Polis, namun, mereka tidak bertugas di pusat mengundi sebaliknya bertugas di balai polis menggantikan anggota yang keluar menjaga pusat mengundi.

Beliau turut memaklumkan pusingan kedua latih amal PDRM menjelang PRU14 akan dijalankan awal bulan depan.

“Saya percaya dengan adanya latih amal kedua ini, kita dapat menentukan PDRM lebih mantap menangani apa juga situasi. Kita juga dalam proses menentukan pegawai dan anggota yang belum menerima latihan untuk mereka menjalani latihan secukupnya,” katanya.

Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sedang membantu menguruskan perolehan peralatan yang akan digunakan untuk menjalankan tugasan semasa PRU14. – BERNAMA

;

Tags: Datuk Seri Zulkifli AbdullahPRU-14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd