Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Akan Mula...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Sidang Parlimen Ke-13 akan berlangsung selama...

Lelaki Lihat Mayat Bayi...

SEMPORNA - Seorang lelaki terkejut selepas mendapati 'objek' yang sedang dibaham dua ekor...

2 Pasangan Pengantin ‘Banjir’...

MELAKA - Meskipun masih lagi bersedih ekoran banjir menimpa rumah mereka semalam, keceriaan...

2 Penunggang Motosikal Termasuk...

KUANTAN -Dua lelaki termasuk seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas...

Lebih 400 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Bersepadu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 442 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 22 kenderaan disita dalam Ops Bersepadu diterajui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Plaza Tol Batu 9, Cheras di sini malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharudin Khalid berkata 2,496 kenderaan diperiksa dalam operasi bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam yang turut melibatkan polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Antara kesalahan yang yang dilakukan ialah memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh dan kenderaan tidak lengkap seperti tiada lampu atau dilakukan modifikasi melampau,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi.

Antara yang ditahan ialah lelaki berusia 44 tahun kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dalam pada itu, 18 daripada 106 penunggang motosikal yang diperiksa didapati positif dadah susulan ujian air kencing.


Turut ditahan lelaki berusia 23 tahun yang membawa lapan bungkusan air ketum di dalam beg galas dipercayai bagi tujuan pengedaran.

“Kesemua yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah dihantar ke lokap AADK cawangan Kajang untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap AADK yang menyertai operasi itu. – BERNAMA

Kategori