• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 400 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Bersepadu

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 442 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 22 kenderaan disita dalam Ops Bersepadu diterajui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Plaza Tol Batu 9, Cheras di sini malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharudin Khalid berkata 2,496 kenderaan diperiksa dalam operasi bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam yang turut melibatkan polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Antara kesalahan yang yang dilakukan ialah memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh dan kenderaan tidak lengkap seperti tiada lampu atau dilakukan modifikasi melampau,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi.

Antara yang ditahan ialah lelaki berusia 44 tahun kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dalam pada itu, 18 daripada 106 penunggang motosikal yang diperiksa didapati positif dadah susulan ujian air kencing.

Turut ditahan lelaki berusia 23 tahun yang membawa lapan bungkusan air ketum di dalam beg galas dipercayai bagi tujuan pengedaran.

“Kesemua yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah dihantar ke lokap AADK cawangan Kajang untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap AADK yang menyertai operasi itu. – BERNAMA

Tags: Ops Bersepadu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

105 Ditahan Dalam Ops Bersepadu Di Wilayah Iskandar

24/11/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Polis telah menahan seramai 105 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam Operasi Bersepadu di wilayah Iskandar di...

Ops Bersepadu Sempena Aidilfitri Bermula 7 Jun

25/05/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan melancarkan Ops Bersepadu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu bermula 7 Jun bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd