• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 30 Ejen Penghantaran Bakal Digantung Lesen

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Lebih 30 ejen penghantaran (forwarding agent) bakal digantung lesen atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Beliau berkata pihak terbabit didapati telah melakukan kesalahan seperti memalsukan resit Kastam, mengikrar dagangan tidak betul dan mengikrar dagangan tidak berduti atau berduti rendah sedangkan mereka membawa dagangan yang mempunyai duti tinggi seperti arak dan rokok.

“Namun, sebelum kita gantung lesen mereka, ejen penghantaran terbabit akan terima surat tunjuk sebab terlebih dahulu minggu depan dan akan diberi masa dua minggu untuk menjawab kenapa lesen mereka tidak boleh ditarik,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Pengarah Kastam Selangor Datuk Sarip Ismail di sini, hari ini.

Subromaniam berkata , sudah sampai masa pihaknya memperketat penguatkuasaan undang-undang berikutan tindakan ejen penghantaran terbabit menyumbang kepada ‘ekonomi bawah tanah’ di negara ini.

Katanya, mereka tidak lagi boleh memberi alasan tidak mengetahui barangan yang diikrar dan hanya mengikut arahan syarikat pengimport atau pengeksport memandangkan sebelum ini pihak Kastam telah memberi notis kepada semua ejen penghantaran untuk membuat ketekunan wajar atau melaksanakan pendekatan “Ketahui Pelanggan Anda” (KYC).

“Mereka perlu ambil tanggungjawab untuk pastikan syarikat pengimport atau pengeksport benar-benar wujud kerana kita tidak mahu sesuatu insiden berlaku contohnya, membawa bahan-bahan letupan tetapi ikrar barangan lain. Kita letak beban pada mereka untuk kenali syarikat pengimport atau pengeksport yang berurusan dengan mereka.

Mereka (ejen penghantaran) juga ada tanggungjawab untuk bertindak bagi pihak kerajaan dan dengan adanya tindakan keras seperti ini (gantung lesen) kita jangkakan kes-kes penyeludupan di negara ini dapat dikurangkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Subromaniam Tholasy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

Next Post

Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 85 Orang

Related Posts

Pelepasan Cukai Projek Mega Diberi Sejak Era 1980-an

19/04/2018
0

PUTRAJAYA — Pengecualian cukai kepada beberapa projek besar milik kerajaan telah diberikan sejak tahun 1980-an dan isu pelepasan cukai barang...

Kastam Gantung Lesen 20 Ejen Penghantaran

29/12/2017
0

SIBU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengumumkan penggantungan lesen 20 ejen penghantaran di seluruh negara bulan depan. Ketua Pengarahnya,...

Next Post

Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 85 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd