• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Landasan Elektrik Gemas-JB Mula Bina Hujung Bulan

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerja-kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru akan bermula hujung bulan ini dengan bermulanya kerja-kerja perluasan Jalan Dewata, Larkin, di sini daripada dua lorong kepada empat lorong.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Ir Hasni Mohammad berkata projek landasan itu yang sepatutnya bermula pada 1 Jan tahun lepas terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja mengukur dan pengambilalihan semula kawasan tanah.

“Tarikh baharu yang dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan adalah bermula pada 1 Januari 2018 dengan tempoh kerja-kerja pembinaan (projek landasan) berjalan selama 48 bulan dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2021.

“Penangguhan sebelum ini berlaku akibat beberapa kekangan pada peringkat rekabentuk dan mendapat maklumbalas masyarakat. Alhamdulillah kerja-kerja awal seperti mengukur, mengalihkan dan membersihkan telahpun bermula dan pembinaan dijangka bermula hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak cadangan perluasan Jalan Dewata, di sini hari ini.

Katanya, projek landasan bernilai RM9.43 bilion itu akan dikendalikan oleh kontraktor dari China iaitu China Railway Construction Corp (CRCC), China Railway Engineering Corp (CREC), China Communication Construction (CCC) Consortium Sdn Bhd (Konsortium 3C) yang turut memberi peluang kepada 150 kontraktor Bumiputera berprestasi tinggi tempatan.

“Kontraktor tempatan yang berminat boleh mendaftarkan syarikat mereka dengan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB),” kata Hasni.

Tambahnya, skop kerja pembinaan landasan akan merangkumi jarak sepanjang 192 kilometer (km), dan melibatkan 29 jambatan jalan raya dan satu jalan bawah jambatan.

“Selain jambatan, ia juga melibatkan 59 jambatan sungai, 135 kawasan perparitan dan sistem pembentungan dan 11 laluan pejalan kaki. – BERNAMA

Tags: Datuk Ir Hasni Mohammad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua UMNO Bahagian Pontian Tanding MT UMNO

05/06/2018
0

JOHOR BAHRU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Anggota...

Johor Kaji Cadang Kenakan Surcaj ‘Touch N Go’ Di CIQ

13/02/2018
0

JOHOR BAHRU — Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan surcaj SGD10 (RM40) kepada pengguna-pengguna kad Touch n Go yang membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd