• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutip Derma Tiada Kebenaran: JAINJ Ambil Tindakan

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati menjalankan kutipan derma untuk pembinaan masjid tanpa kebenaran daripada pihaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata langkah itu dibuat susulan terdapat banyak laporan yang diterima JAINJ berhubung kes penipuan tabung derma pembinaan masjid di negeri itu.

“Mana-mana masjid yang ingin dibina di negeri ini, jawatankuasanya haruslah mendapatkan surat kebenaran untuk mengutip derma di bawah prosedur undang-undang syarak.

“Surat kebenaran itu mempunyai had selama enam bulan sahaja bertujuan mengelakkan daripada penipuan kutipan derma seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Skim Bantuan Guaman Syarie Negeri Johor di Mahkamah Syariah Negeri, di sini hari ini.

Beliau mengulas penahanan lima warga Thailand di Batu Pahat semalam yang didapati mengutip derma demi kepentingan peribadi dan bukan untuk pembinaan masjid seperti digembar-gemburkan kepada orang ramai.

Abdul Mutalip berkata orang ramai khususnya masyarakat Islam seharusnya lebih berhati-hati apabila didekati golongan seperti itu agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan berkenaan.

“Masyarakat perlu menggunakan saluran yang betul dalam memberikan sumbangan. Mereka boleh melakukannya melalui tabung permohonan masjid negeri Johor serta skim infak yang melalui potongan gaji, kemudian disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut,” katanya.

Mengenai majlis itu, Abdul Mutalip berkata skim berkenaan bakal meringankan beban kewangan golongan yang tidak berkemampuan dalam mendapatkan khidmat guaman syarie bagi kes kekeluargaan di mahkamah syariah.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 di bawah skim itu bagi membolehkan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 mendapatkan khidmat nasihat undang-undang atau mengupah peguam syarie.

Skim terbuka kepada pemohon yang lahir di Johor dengan syarat mereka tidak mendapat khidmat daripada Jabatan Bantuan Guaman. – BERNAMA

Tags: DERMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Periksa Unit Kediaman Tidak Berpenghuni

Pakar Komputer Derma Kornea, ‘Terangi’ Penglihatan Dua Pesakit

17/12/2023
0

Kota Kinabalu: Seorang pakar pengaturcaraan komputer yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan baru-baru ini menjadi penderma organ kesembilan direkodkan di...

Dewan Rakyat: Nombor Tidak Aktif Akan ‘Dikuarantin’ 6 Bulan

SPRM Siasat Dokumen NGO Kutip Derma Untuk Palestin

24/10/2023
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada pertubuhan bukan kerajaan tersebut (NGO) yang mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd