• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Diploma Pemimpin JKKK, JKKKP, Orang Asli

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli kini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam usaha meningkatkan profesionalisme mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bermula tahun ini, kementeriannya menerusi Institut Kemajuan Desa (INFRA) menawarkan Diploma Eksekutif Pembangunan Luar Bandar (DEPLB) dan Diploma Pengurusan dan Pembangunan Desa (Luar Bandar) untuk tujuan itu.

“DEPLB dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) di bawah Risda manakala Diploma Pengurusan dan Pembangunan Desa (Luar Bandar) dijalankan dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL),” katanya ketika berucap merasmikan Program Sijil Tadbir Urus Desa 2018 Peringkat Zon Utara di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah Datuk Mohd Tajudin Abdullah.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan Sijil Tadbir Urus Desa kepada peserta yang telah berjaya menamatkan kursus itu bagi Zon Utara tahun lepas. Program persijilan itu dilaksanakan secara kursus jangka pendek selama tiga hari.

Beliau berkata tempoh pengajian untuk DEPLB selama dua bulan dengan kos pengajian sebanyak RM4,800 seorang dengan mereka daripada JKKK, JKKKP dan JKKK Orang Asli yang berkelayakan akan mendapat pembiayaan penuh mengikuti program itu.

Beliau berkata untuk Diploma Pengurusan dan Pembangunan Desa (Luar Bandar) pula memerlukan setahun setengah hingga dua tahun tempoh pengajian dengan kos pengajian berjumlah RM28,000 seorang bagi pengajian sepenuh masa.

“Untuk program diploma ini kementerian akan membiayai 30 peratus… kedua-dua diploma yang ditawarkan ini adalah untuk mengupayakan pimpinan JKKK, JKKKP dan JKKK Orang Asli supaya setaraf dengan pegawai dan pentadbir kerajaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata pengambilan bagi program DEPLB akan bermula pada pertengahan Februari depan manakala pengambilan bagi Diploma Pengurusan dan Pembangunan Desa (Luar Bandar) pada September nanti.

“DEPLB ini sebagai program lanjutan daripada program persijilan Sijil Tadbir Urus Desa kepada JKKK, JKKKP dan JKKK Orang Asli yang berminat dan memenuhi kelayakan sementara pemilihan peserta bagi Diploma Pengurusan dan Pembangunan Desa (Luar Bandar) pula adalah melalui sesi temuduga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 4,127 orang kepimpinan JKKK, JKKKP dan JKKK Orang Asli dari seluruh negara telah dilatih INFRA dengan kerjasama UniKL menerusi Program Sijil Tadbir Urus Desa berkenaan.

“Sehubungan itu, program ini akan diteruskan ke tahun ini dengan sasaran seramai 5,000 orang lagi akan dilatih di bawah program yang sama,” katanya.

Sementara itu, penerima sijil itu yang memperoleh keputusan cemerlang Hallam Shah Abdul Latiff yang merupakan pengerusi JKKKP Desa Putera di Pulau Pinang berkata sepanjang mengikuti kursus di bawah program persijilan itu beliau dapat meningkatkan keupayaan mengkoordinasi kawasan kampung untuk membuat penambahbaikan geopolitik.

“Selain itu, daripada segi urus tadbir kewangan pula saya boleh mengatur pengurusan kewangan dengan lebih efisien lagi. Lagi satu, saya sudah tahu cara hendak minta dana dengan lebih baik dan berkesan untuk penambahbaikan infrastruktur awam dan infrastruktur asas… ada cara tertentu untuk buat penilaian dan permohonan,” katanya dan menurutnya telah ditawarkan mengikuti program DEPLB Februari depan.

Jasmi anak lelaki Che Dun, pengerusi JKKK Orang Asli Kampung Tangkai Chermin di Perak yang turut mendapat keputusan cemerlang berkata menerusi kursus itu, beliau dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi selain semakin mahir menggunakan telefon pintar.

“Kita sedia maklum Orang Asli terkenal dengan sifat rendah diri… jadi bila menghadiri program sijil ini, jati diri saya naik dan dapat berinteraksi dengan masyarakat lain dengan lebih baik dan berani,” katanya.

Program Sijil Tadbir Urus Desa Zon Utara tahun ini yang bermula semalam hingga esok di dua lokasi iaitu di sini dan Sungai Petani dengan disertai 600 peserta dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Warga Emas Antara 14 Penagih Dadah Ditahan

Next Post

1,200 Jemaah Khas Haji PM Terima Tawaran 2 Februari

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

1,200 Jemaah Khas Haji PM Terima Tawaran 2 Februari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd