• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuil Roboh: Sultan Johor Bertindak Sebagai Pendamai

oleh AK-47
22/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, baru-baru ini.

Usaha pendamai dilakukan ketika baginda berkenan menerima mengadap beberapa wakil Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar dengan diiringi Anggota Exco Negeri Johor, R. Vidyananthan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.

Gambar-gambar pertemuan baginda bersama pihak berkenaan telah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda.

Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah anakanda baginda Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Dalam entri di laman Facebook itu susulan pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memastikan satu lokasi baharu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina semula kuil itu.

Sultan Ibrahim juga memaklumkan bahawa baginda dan Tunku Idris masing-masing turut berkenan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM70,000 kepada jawatankuasa kuil untuk menampung kos pemindahan kuil ke tapak baharu.

Baginda juga menggesa semua pihak agar memberikan kerjasama penuh bagi menyelesaikan perkara itu secara baik tanpa perlu diperbesar-besarkan lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri difahamkan telahpun menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baharu yang dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam tetapi ditolak oleh pengurusan kuil yang bertegas mahu kekal di tapak sedia ada.

Kuil berusia 80 tahun itu mencetuskan kontroversi baru-baru ini berikutan perobohannya pada 11 Januari lalu selepas pemilik sah tanah mendapat kebenaran perintah makhmah yang dipohon secara persendirian setelah semua rundingan dengan pengurusan kuil menemui kegagalan. – BERNAMA

Tags: kuil hinduSultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Peribadi Racun, Cekik Majikan Hingga Mati

Next Post

Dipukul Tidak Bertudung, Wanita Lapor Polis

Related Posts

Kuil : Waytha Moorthy Minta Rakyat Bertenang

26/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang susulan kekecohan yang berlaku...

Keadaan Sekitar Kuil Sri Maha Mariamman Tenang & Terkawal

26/11/2018
0

SUBANG JAYA - Keadaan di persekitaran kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights dilaporkan tenang dengan kehadiran anggota...

Next Post

Dipukul Tidak Bertudung, Wanita Lapor Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd