• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Sita Lesen Sebuah Stesen Minyak Di Ajil

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu telah menyita lesen sebuah stesen minyak di Ajil, Hulu Terengganu kerana tidak menyediakan stok bekalan minyak yang mencukupi dalam satu operasi yang diadakan malam tadi.

Pengarah KPDNKK Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata kes itu adalah yang pertama untuk tahun ini dan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci serta pemantauan secara berterusan.

“Siasatan dijalankan hasil pemantauan 32 pegawai penguat kuasa di 66 stesen minyak di seluruh Terengganu, yang bermula kira-kira 9 malam tadi (Rabu).

“Setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak tiga sen seliter bagi RON 95 dan RON 97 serta enam sen seliter bagi diesel petang semalam, kami terus menjalankan pemantuan kerana ini merupakan rutin mingguan Pegawai Penguat kuasa KPDNKK apabila berlaku perubahan harga setiap Rabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan ke atas pemilik stesen itu dibuat kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, yang mana peniaga tidak mematuhi syarat lesen.

Saharuddin berkata tindakan itu dilakukan untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan-peraturan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga melindungi pengguna bagi memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa mencukupi,” katanya.

“Bagaimanapun KPDNKK Terengganu masih membenarkan stesen minyak itu terus beroperasi kecuali satu pam yang tidak menyediakan bekalan minyak dalam operasi semalam kerana kepentingan orang ramai.

Semua pengusaha stesen minyak diminta supaya mematuhi peraturan dan kami meminta kerjasama pengguna agar memaklumkan kepada KPDNKK sekiranya berlaku sebarang pelanggaran pematuhan seperti dinyatakan tadi,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd