• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komuniti Porak-Peranda, Kacau-Bilau Tanpa Integriti

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah sesebuah komuniti akan porak-peranda dan kacau-bilau jika tidak membudayakan integriti dalam kehidupan masing-masing.

Baginda bertitah, tanpa integriti, segagah mana pun empayar yang dibina akan tumbang seperti pengajaran yang dizahirkan dalam sejarah empayar Rom, Parsi, Sriwijaya serta empayar Melaka satu ketika dahulu.

“Ingin saya berikan contoh, bagaimana agaknya jika sempadan negara kita dijaga oleh orang-orang yang tidak amanah dan tidak berintegriti?.

Kita sering dengar pelbagai angkara akibat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan sempadan kita dibolosi oleh pelbagai pihak,” titah baginda semasa berkenan menyampaikan Titah Integriti Diraja di Pusat Koreksional Perlis dekat sini, petang Selasa.

Jerayawara itu dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, lebih merisaukan adalah akibat perbuatan segelintir yang ‘menutupkan mata mereka’, mungkin kerana telah disogok, boleh menyebabkan pelbagai anasir jahat menyelinap masuk ke dalam negara.

Titah baginda, tidak kira sama ada orang yang mengambil kesempatan daripada pemerdagangan manusia, pelacuran, dadah atau senjata api, ia akhirnya menyumbang kepada kemudaratan rakyat jelata keseluruhannya.

“Apa yang saya cuba ketengahkan ini adalah permasalahan yang mungkin dilihat sebagai perkara kecil bagi sesetengah pihak, tetapi jika diteliti, kita akan dapat melihat impak yang besar kepada kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian rakyat di negara ini.

Semua ini jika tidak dibendung dari awal, sudah pasti ianya akan menyumbang kepada masalah dan malapetaka yang lebih besar, akibatnya, negara boleh hancur, punah dan musnah,” tItah baginda.

Sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin turut menyeru setiap rakyat untuk kembali kepada ajaran agama masing-masing.

“Bagi orang Islam sudah tentu perlu menghayati al-Quran dan Sunnah Rasul dan hanya dengan kembali berpandu kepada ajaran agama yang sebenar, kita akan dapat melahirkan insan-insan yang bertakwa dan mengamalkan kebaikan di muka bumi ini,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd