• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sentiasa Pantau Ubat Tak Berdaftar Jual ‘Online’

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penjualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar di negara ini, termasuk yang dijual secara dalam talian.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Dr. Salmah Bahri berkata pemantauan dilakukan melalui pelbagai medium laman sosial, selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata sebuah unit digital forensik juga telah ditubuhkan sejak 2013 bagi tujuan sama.

“Hasil dapatan, ubat seperti ubat kecantikan dan ubat kuat yang diambil dari luar negara termasuk China dan India, bagaimanapun masih lagi berada dalam keadaan terkawal.

“Pun begitu, pengguna dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang ubat itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) Persiaran Tanjung, Tampoi di sini, hari ini.

Dr. Salmah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan penjualan ubat tidak berdaftar.

Mengenai perasmian pusat itu, beliau berkata ia telah beroperasi sejak Jun tahun lepas bagi membantu meningkatkan kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan mereka.

Katanya selain dilengkapi kemudahan farmasi pandu lalu, ia juga mempunyai perkhidmatan farmasi dan pembekalan ubat susulan.

Selain itu, ia juga berperanan sebagai tempat kutipan lesen atau pun permit racun yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri.

Setakat ini, perkhidmatan tersebut telah dimanfaatkan oleh lebih daripada 1,000 pesakit. – BERNAMA

Tags: Dr Salmah BahriKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd