• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Jong-Un Umum Sedia Berdialog Damai

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuka jalan damai dengan menawarkan dialog kepada Korea Selatan, selepas memberi amaran kepada Amerika Syarikat, bahawa Pyongyang sedia memulakan perang nuklear, jika negaranya diancam.

Jong-un menerusi ucapan tahun baharu yang disiarkan menerusi televisyen, mengisytiharkan negaranya pencinta kedamaian dan pemilik kuasa nuklear yang bertanggungjawab.

Menerusi ucapan itu, Jong-un menyeru supaya mengurangkan ketegangan tentera dan memperbaiki hubungan dengan Korea Selatan.

“Apabila menyentuh hubungan utara-selatan, kita perlu mengurangkan ketegangan tentera di Semenanjung Korea untuk mewujudkan persekitaran aman. Kedua-dua negara perlu berusaha,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mempertimbangkan untuk menghantar delegasi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan, bulan depan.

“Penyertaan Korea Utara dalam Sukan Musim Sejuk dilihat sebagai peluang terbaik untuk mempamerkan kebanggaan negara dan kami berharap ia akan berjaya.

“Pegawai dari kedua-dua negara perlu mengadakan pertemuan segera untuk berbincang,” katanya.

Korea Selatan pada masa sama mengalu-alukan tawaran Jong-un, tetapi pakar berpendapat ucapan Jong-un jelas dilihat sebagai usaha untuk memisahkan Seoul daripada sekutu utamanya, Washington.

“Kami kerap menyuarakan kesediaan untuk berdialog dengan Korea Utara pada bila-bila masa, demi membawa keamanan di Semenanjung Korea,” kata jurucakap Presiden Korea Selatan. – Reuters/BH

Tags: Amerika SyarikatKim Jong-un
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd