• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Akan Wujudkan Jawatan CEO – Ahmad Bashah

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif dalam persatuan itu sejajar dengan hasrat menswastakan pentadbiran KFA menjelang 2020.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sehingga kini calon untuk mengisi jawatan itu sedang diteliti dan akan diumumkan dalam Majlis Pelancaran Jersi Musim 2018 pada pada 24 Jan ini di sini, bersama-sama dengan pengumuman pengurus pasukan Kedah yang baharu.

“Tugas CEO ini lebih (kepada) pengurusan KFA, bertanggungjawab menguruskan persatuan secara lebih teratur dan sistematik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Masjid-Masjid seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata, individu yang akan dilantik tersebut adalah orang tempatan dan berkaliber yang akan berperanan untuk memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran serta hal ehwal penjualan tiket berjalan lancar.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Nov tahun lalu, KFA mempunyai hasrat untuk menswastakan kelab induk bola sepak tersebut menjelang 2020, namun masih belum mempunyai kemampuan untuk merealisasikannya.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, beliau menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Ketua Jurulatih, Ramon Marcote untuk memilih seorang lagi pemain import bagi mengisi kuota ASEAN sebelum sepak mula Liga Malaysia pada 3 Feb nanti.

Sehingga kini, Kedah telah berjaya mengisi kuota antarabangsa dan Asia membabitkan Pablo Pallares dan Alvaro Silva serta mengekalkan pemain import sensasi kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva Mendonca dari Brazil.

Katanya, beberapa nama pemain dari Indonesia dan Vietnam sedang diteliti, namun perbincangan mengenai beberapa perkara termasuk gaji masih berjalan sebelum tawaran kontrak dibuat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahKFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Berpusing Viva Dirempuh Lori Simen

Next Post

Kekalkan Skim Pencen, Naikkan Gaji – Cuepacs

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

Kekalkan Skim Pencen, Naikkan Gaji - Cuepacs

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd