• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Projek Terowong Dasar Laut: SPRM ‘Kepung’ Komtar

oleh
12/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Selepas serbuan kelmarin dan tahan reman dua bergelar Datuk semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘mengepung’ Kompleks Tun Abdul Razak, di George Town.

Media tempatan melaporkan, pihak SPRM melakukan operasi serbuan susulan di menara mercu tanda pusat pentadbiran kerajaan Pulau Pinang itu sepanjang Khamis melibatkan beberapa buah pejabat agensi tempatan.

Keadaan di luar jangkaan itu turut menyaksikan pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terletak di tingkat 28 terpaksa ‘ditutup’ kepada semua orang awam untuk sebarang urusan yang berkaitan buat sementara waktu.

Beberapa petugas media yang cuba hendak menggunakan lif khas untuk terus menuju ke tingkat berkenaan turut segera dihalang oleh pengawal keselamatan bangunan ikonik Pulau Mutiara tersebut di aras bawah lagi.

Menurutnya, mereka hanya mendapat arahan pelik itu daripada individu tertentu di tingkat 28 Komtar supaya langsung tidak membenarkan mana-mana individu untuk masuk ke pejabat Ketua Menteri pada ketika ini.

Sementara itu seorang petugas media pejabat Ketua Menteri memaklumkan, dia diarahkan bersiap sedia di tingkat tiga jika ada penahanan membabitkan Exco Kerajaan bagi bantu siasatan SPRM berhubung isu terowong berkenaan.

Dalam pada itu pihak SPRM sehingga kini sudah berjaya merekodkan keterangan daripada 12 saksi bagi proses siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan projek mega penuh kontroversi tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, antara diambil keterangan ialah saksi dari pejabat kerajaan negeri serta syarikat berkaitan projek itu yang dibuat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Guan Eng atau mana-mana Exco kerajaan DAP negeri berkenaan, Azam menjelaskan bahawa, tiada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini.

Projek tersebut menerima bantahan pelbagai pihak dan badan politik kerana urus niaga yang meragukan malahan kertas kajian kebolehlaksanaan pembinaan itu juga tidak pernah dikemukakan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KomtarLim Guan Engprojek terowong dasar lautSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Dah la Salah Masuk Jalan, Dihamun Pulak Kita”

Next Post

Fadzil Teh Cari Gadis Sopan Ganti Watak Mira-Fathia

Related Posts

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Fadzil Teh Cari Gadis Sopan Ganti Watak Mira-Fathia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd