• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Khianat 2 Pusat Ibadat Di Kota Bharu Disiasat

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU- Polis Kelantan akan melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian khianat terhadap dua pusat ibadat membabitkan sebuah gereja dan kuil Hindu di Jalan Hamzah di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata kejadian tersebut disedari oleh penjaga gereja Methodist itu pada pukul 12 tengah malam tadi selepas mendengar satu letupan berlaku di tingkat atas bangunan tersebut.

“Penjaga gereja itu kemudiannya ke tingkat dua gereja dan mendapati cermin pusat ibadat itu pecah selain menemui satu tong penapis air yang mempunyai kesan terbakar,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata siasatan awal mendapati penapis air berkenaan dicampak oleh suspek yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Livina daripada laluan bertingkat ke Pasir Pekan.

Beliau berkata dalam satu lagi kejadian yang berlaku lebih kurang serentak, pihak polis turut menemui sebuah lagi tong penapis air yang dicampak di dalam Kuil Subramaniyar yang terletak bersebelahan gereja tersebut, yang disyaki dilakukan suspek yang sama.

Hasanuddin berkata pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes itu bagi mengetahui motif sebenar kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis Kota Bharu dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana khianat tempat ibadat.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat daripada rombongan Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kelantan yang diketuai pemangku Presidennya Datuk Seri Zukri Samat.

Dalam majlis tersebut pihaknya turut menerima sumbangan cek bernilai RM20,000 bagi pembinaan tandas di Balai Polis Kubang Kerian selain untuk membaikpulih tiga surau membabitkan surau IPK, surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan surau Balai Polis Kota Bharu. – BERNAMA

Tags: Gerejakhianatkuil
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mendakwa kerajaan Perlis pimpinan Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd