• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kereta Pegawai Kastam Terbakar Ada Unsur Jenayah

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kes empat kenderaan milik pegawai kanan kastam dan anggota keluarganya yang terbakar dalam kejadian di kuarters kerajaan di Presint 11 di sini minggu lalu mempunyai unsur jenayah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata siasatan pihaknya mendapati cermin sebuah daripada kenderaan terbabit dipecahkan sebelum dicurah petrol dan dibakar.

“Memandangkan kebakaran itu ada melibatkan perbuatan jenayah maka JBPM menyerahkan perkara itu kepada pihak polis,” kata Wan Mohd Nor kepada pemberita di sini hari ini selepas melawat unit pangsapuri perumahan awam di Presint 16 yang terbakar semalam.

Dalam kejadian awal pagi 23 Januari lalu, empat kenderaan milik Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Nur Azman Mat Jini serta keluarganya yang diletakkan di hadapan kuarters kediaman beliau terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan sebelum ini dilaporkan berkata kertas siasatan terhadap kes berkenaan dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api. – BERNAMA

Tags: Kastamkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd