• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hina Sultan Pahang: Mahfuz Hadir Ke IPK Kedah

oleh
19/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Akibat bercakap ikut suka hati, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, terpaksa hadir memberi keterangan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pagi Khamis.

Ia bagi membantu siasatan pihak polis berhubung dakwaan bahawa beliau dengan biadab mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerusi satu ceramah politik baru-baru ini.

Mahfuz hadir pada pukul 10.15 pagi bersama-sama peguamnya, Mohd. Fikri Abd Rahman dan beberapa penyokong. Bekas Naib Presiden PAS itu kini bergerak aktif dalam Pakatan Harapan tetapi belum menyertai mana-mana parti.

Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kecewa dengan tindakan Mahfuz yang persenda ayahanda baginda dengan dijadikan bahan jenaka dalam ceramah selain langgar ketertiban adab Melayu.

Baginda juga percaya kertas siasatan terhadap wakil rakyat pembangkang itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan dan pihak istana sendiri.

Baru-baru ini, Mahfuz dalam ceramahnya, antara lain mengulas kewajaran Tun Dr. Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih rakyat sebagai calon perdana menteri dan membuat perbandingannya dengan Sultan Ahmad Shah.

Beliau mendakwa baginda kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering. Klip video ceramah Mahfuz bersama Pakatan Harapan yang berdurasi 6.38 minit itu tersebar tular menerusi laman media sosial tempatan.

Justeru, pelbagai pihak yang kecewa dengan tindakan Mahfuz itu, tampil membuat laporan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid mengesahkan kehadiran Mahfuz.

Dalam satu kenyataan media, beliau turut memaklumkan bahawa siasatan polis terhadap kes tersebut akan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah membantu dalam merakamkan percakapan Mahfuz ekoran siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak JSJ Pahang,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mahfuz OmarSultan Pahang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lim Kit Siang Sihat Setelah Jalani Pembedahan

Next Post

Kes Balamurugan, Soh Kai Chiok: Polis Langgar SOP

Related Posts

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

19/05/2023
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

03/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini, mengarahkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membayar ganti rugi RM120,000 kepada bekas Ahli...

Next Post

Kes Balamurugan, Soh Kai Chiok: Polis Langgar SOP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd