Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

SPRM Rampas Dan Beku...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas dan membekukan wang...

Usah Habaq Nama Pakatan...

GEORGE TOWN - Krisis identiti Pakatan Rakyat nampaknya semakin terserlah apabila nama gabungan...

Cuba Sorok Kelahiran, Ibu...

KEJAM... Seorang ibu sanggup membunuh anaknya kerana tidak mahu kelahiran bayinya diketahui umum. Dalam kejadian...

Isteri Ikhwan Kool FM...

PELAKON dan penyampai radio Kool FM, Ikhwan reda dan menganggap belum rezeki untuk...

Kes Balamurugan, Soh Kai Chiok: Polis Langgar SOP

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke atas kematian S.Balamurugan dan Soh Kai Chiok semasa dalam tahanan polis, mendapati terdapat perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang serius dalam kedua-dua kejadian itu.

Pengerusi EAIC, Datuk A. Aziz A. Rahim berkata keputusan pendengaran awam melibatkan 46 saksi dalam kes kematian Balamurugan mendapati beberapa ketidakpatuhan SOP yang serius dikenal pasti, antaranya kegagalan pihak polis melepaskan lelaki itu setelah permohonan reman ditolak mahkamah majistret.

“Pihak polis juga gagal mematuhi arahan majistret supaya si mati dihantar ke hospital dengan kadar segera,” katanya pada sidang media mengenai laporan siasatan kematian Balamurugan dan Soh, di sini hari ini.

Balamurugan, 44, ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor pada 8 Februari 2017, manakala Soh, 49, ditemui mati dalam tahanan lokap IPD Bera, Pahang pada 18 Januari 2017.

Dalam kes Balamurugan, A. Aziz berkata pihak polis juga telah melakukan salah laku serius iaitu menyalahguna kuasa dengan mengarahkan si mati ditangkap semula tanpa justifikasi sah.

A. Aziz berkata pihak polis juga telah menahan dan tidak membebaskan Balamurugan tanpa menerima apa-apa laporan yang dapat mengaitkannya dengan mana-mana kes serta ketiadaan laporan tangkapan baharu terhadap si mati.

Katanya EAIC juga mendapati terdapat perbuatan kekerasan telah dilakukan anggota dan pegawai polis yang boleh dikaitkan dengan, atau menyebabkan kematian si mati.

“Oleh yang demikian, EAIC mengesyorkan Jabatan Peguam Negara menimbangkan pertuduhan jenayah dibawa ke atas pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti menggunakan kekerasan ke atas si mati,” katanya sambil menambah angota terbabit telah pun didakwa di mahkamah.

Menurut A. Aziz, ketidakpatuhan SOP lain yang direkodkan termasuk melibatkan proses sewaktu pengendalian Balamurugan dan tahanan lain serta proses pengendalian dokumen yang mampu menjejaskan siasatan kes serta siasatan Laporan Mati Mengejut.

Katanya EAIC juga mendapati ruang khas orang kena tuduh (OKT) di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Utara telah digunakan sebagai lokap tidak diwartakan yang melanggar Kaedah-Kaedah Lokap 1953, akta Penjara 1995 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).


Dalam kes kematian Soh pula, A. Aziz berkata seramai 58 orang saksi direkodkan keterangan dan EAIC mendapati tiada perbuatan atau perlakuan polis yang dikaitkan dengan, atau menyebabkan kematian si mati semasa dalam tahanan.

Bagaimanapun, katanya terdapat ketidakpatuhan SOP dan undang-undang sedia ada oleh polis iaitu gagal membawa Soh mendapatkan rawatan setelah si mati mengadu sakit.

“EAIC mendapati kecuaian pengurusan ubat terhadap si mati sewaktu ditahan di lokap Balai Polis Triang, Pahang telah memburukkan keadaan kesihatan si mati dan menafikan haknya untuk mendapatkan akses kepada perubatan,” katanya.

Tambahnya EAIC juga mendapati pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) secara berkala di lokap tidak mengikut peraturan ditetapkan, selain kegagalan polis menghantar Soh ke Penjara Bentong setelah si mati gagal membayar wang jaminan.

A. Aziz berkata EAIC memandang serius kelemahan-kelemahan pengendalian lokap dan ketidakpatuhan pihak polis terhadap SOP.

“EAIC telah mengemukakan kelemahan-kelemahan dan ketidakpatuhan ini kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk penambahbaikan serta tindakan lanjut mereka,” kata A. Aziz. – BERNAMA

Kategori