• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Morais: 5 Tertuduh Bertemu 3 September 2015

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pertemuan antara lima tertuduh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais bermula apabila seorang daripada mereka ingin membeli kereta.

R.Dinishwaran, 26, yang merupakan tertuduh ketiga berkata mereka bertemu di sebuah restoran pada 3 September 2015 dan pertemuan kesemua mereka adalah sesuatu yang tidak dirancang kerana ada antara mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Menceritakan permulaan pertemuan itu, Dinishwaran berkata rakannya, M.Vishwanath iaitu tertuduh kelima, yang berada di Kedah telah menghubunginya memaklumkan ingin membeli sebuah kereta dan memberitahu akan ke Kuala Lumpur untuk urusan itu.

Menurutnya dia kemudiannya menghubungi rakannya “Selvam” (iaitu tertuduh ketujuh S.Ravi Chandaran) untuk bertanya tentang kereta.

“Pada 3 September 2015, Vishwanath telah datang ke rumah saudara saya di Serdang bersama rakannya iaitu S.Nimalan (tertuduh keenam),” katanya ketika pemeriksaan utama peguam V.Rajehgopal pada hari kedua prosiding membela diri hari ini.

Dinishwaran berkata dia tidak pernah mengenali Nimalan sebelum ini dan Nimalan memberitahunya “Selvam” telah menyuruhnya menghantar Vishwanath ke rumahnya (Dinishwaran) bagi urusan pembelian kereta tersebut.

“Saya beritahu Nimalan yang saya ingin jumpa “Selvam” dan Nimalan ajak kami ke sebuah restoran. Sampai di restoran, (kira-kira 5.30 pagi), “Selvam” ada di sana bersama seorang yang bernama Jay (tertuduh kedua G.Gunasekaran yang telah dibebaskan),” katanya yang memberitahu ada seorang lagi lelaki yang tidak dikenali selain Jay, sedang duduk di meja berhadapan “Selvam” di dalam restoran itu.

Kepada soalan Rajehgopal adakah Dinishwaran kini mengenali siapakah lelaki itu, dia berkata: ya, nama dia A.K Thinesh Kumar yang merupakan tertuduh keempat sambil menunjukkan ke arah Thinesh Kumar yang berada di kandang tertuduh.

Kepada soalan lain adakah dia mengenali semua kelima-lima lelaki yang berada di restoran itu, tertuduh itu berkata dia hanya mengenali Vishwanath dan Selvam (Ravi Chandaran) sahaja manakala Nimalan, Thinesh Kumar dan Jay (Gunasekaran) hanya dikenali pada hari tersebut (3 September 2015).

Ketika ditanya apa yang dilakukan kesemua mereka sepanjang 3 September 2015 itu, Dinishwaran berkata dia bersama Vishwanath, Nimalan dan Thinesh Kumar menyewa sebuah bilik hotel untuk menginap.

Mereka termasuk “Selvam dan Jay” kemudian keluar bersama-sama dan menghabiskan masa dengan berbual, makan, menonton wayang, bermain snuker dan minum bir sehingga jam 5 pagi 4 September 2015.

Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan, 25, Ravi Chandaran, 47, dan doktor tentera Kolonel Dr R.Kunaseegaran, 55, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Gunasekaran, 49, sebelum ini didakwa atas pertuduhan sama, bagaimanapun ditawarkan pertuduhan pilihan iaitu menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin Morais mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Pada 20 Disember 2016, .Gunasekaran mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan dihukum penjara dua tahun bermula dari tarikh tangkap pada 15 September 2015.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemukan di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept 2015 selepas dilaporkan hilang pada 4 September 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 22 Februari. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Mana Pergi Pen Drive Kait Pembunuhan Dengan 1MDB?”

09/10/2018
0

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang beberapa kali mengaitkan...

‘Peguam Doktor Tentera Suruh Saya Mengaku Bunuh Kevin Morais’

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd