• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerugian RM5.2 Bilion Akibat Kebakaran 2017

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Nilai kerugian dan kemusnahan harta benda akibat kebakaran di seluruh negara pada tahun lepas meningkat sebanyak 81.8 peratus kepada RM5.2 bilion berbanding RM2.87 bilion pada 2016.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata walaupun jumlah panggilan kecemasan yang diterima jabatan itu turun 6.12 peratus berbanding 2016, peningkatan nilai kerugian disebabkan antaranya kenaikan nilai hartanah dan kejadian kebakaran melibatkan kilang.

Justeru katanya pada tahun ini JBPM akan melatih pasukan respons kecemasan di kilang-kilang di seluruh negara sebagai pasukan bertindak awal menangani insiden di tempat kerja.

“Setakat ini kita telah mengenal pasti kira-kira 40,000 pekerja dalam industri untuk dilatih,” katanya kepada media selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2018 JBPM, di sini hari ini.

Katanya taksiran harta yang berjaya diselamatkan JBPM pada tahun lepas turut meningkat sebanyak 42.3 peratus kepada RM50.97 bilion berbanding RM35.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Wan Mohd Nor berkata sebanyak 165 kematian akibat kebakaran direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas, meningkat 54 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata peningkatan angka kematian itu berikutan kejadian kebakaran serius melibatkan jumlah kematian besar seperti kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.

“Apa yang kita boleh pelajari daripada kejadian tersebut ialah jangan sesekali ambil mudah aspek keselamatan. Jika perlukan khidmat nasihat sila rujuk JBPM,” katanya.

Dari segi masa tindak balas terhadap panggilan kecemasan dalam tempoh kurang daripada 10 minit, JBPM berjaya meningkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada 47 peratus berbanding 45.02 peratus pada 2016, katanya.

Pada tahun ini, katanya JBPM menyasarkan KPI tersebut ditingkatkan kepada 48.5 peratus melalui penambahan 20 buah balai bomba baharu kepada jumlah sedia ada sebanyak 289 buah.

Ditanya mengenai pemeriksaan JBPM di 1,238 maahad tahfiz di seluruh negara yang selesai pada Oktober 2017, Wan Mohd Nor berkata pihaknya akan membuat pemeriksaan semula selepas kerja-kerja penambahbaikan di bawah Bajet 2018 selesai.

Katanya peruntukan RM30 juta untuk menambah baik maahad tahfiz yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas digunakan untuk kerja-kerja pendawaian dan membeli peralatan memadam kebakaran.

“Peruntukan RM50 juta dalam Bajet 2018 akan difokuskan untuk memperbaiki infrastruktur di tahfiz-tahfiz tersebut seperti tangga.

“Selepas itu, JBPM akan membuat pemeriksaan semula dan akan memaklumkan kepada kerajaan mengenai status keselamatan di pusat tahfiz seluruh negara,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan aplikasi MyBomba Apps bagi membolehkan orang awam menghubungi JBPM bagi menyalurkan aduan atau mendapatkan maklumat jabatan dan tips keselamatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahimkebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Rayuan Indira Gandhi Pada 29 Januari

Next Post

Sanggup Korban Diri, Polis Berjaya Cekup Penjenayah

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Sanggup Korban Diri, Polis Berjaya Cekup Penjenayah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd