• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Mewah Aliff Syukri Antara 20 Disita JPJ

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah Rolls Royce dipercayai didaftarkan di bawah syarikat D’herbs Holding Sdn. Bhd. merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, di sini malam tadi.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak. Adalah menjadi kesalahan menggunakan kenderaan yang memilki LKM Sarawak atau Sabah, di Semenanjung.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan disewa oleh seorang lelaki warganegara Australia sebelum disita.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata kenderaan itu menggunakan LKM Sarawak dengan bayaran kira-kira RM5,000 berbanding kira-kira RM20,000 di Semenanjung, katanya kepada pemberita selepas Ops Patuh di sini.

Mengulas mengenai operasi yang dijalankan di ibu negara, Wan Ahmad Uzir berkata operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.

Dalam pada itu, seramai 65 warga asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Pakistan dan Australia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa. – BERNAMA

Tags: Dato' Aliff Syukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Restoran Milik Aliff Syukri Diserbu Pihak Berkuasa

16/03/2018
0

RESTORAN milik pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor telah diserbu...

Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Ganggu ‘Periuk Nasi’ Orang

25/02/2018
0

SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pastinya kita semua kenal dengan jutawan kosmetik yang sering menjadi perhatian ini kan?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd