Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Kemungkinan Gajah Ditembak Untuk...

NARATHIWAT - Usaha keras dua hari oleh doktor haiwan tempatan untuk menyelamatkan seekor...

Kedah Lantik Peguam Urus...

HULU LANGAT : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan,...

Che Ta Raya Sakan,...

WAH... untung sungguhlah insan yang bergelar Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che...

GAMBAR: Najib Tiba Di...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau...

Kerana Drama, Netizen Kutuk Eyka-Nazim Cakap Korea

PEMINAT K-Pop ini kadang kala fanatik terlampau hingga sanggup ‘belajar’ bahasa Korea konon nak faham lirik lagu tapi ada segelintir daripada mereka hanya sekadar nak menunjuk sahaja.

Baru-baru ini, pelakon kecil molek Eyka Farhana dan Nazim Othman telah dikecam oleh netizen apabila lakonan mereka bercakap dalam bahasa Korea dijadikan bahan ketawa oleh K-Popers.

“Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, drama yang dimaksudkan itu ialah berjudul Ustaz Korea Sebelah Rumah dan telah disiarkan pada Mei 2016 lalu.

Eyka turut memberitahu bahawa dia dan Nazim telah berusaha sebaik mungkin untuk belajar bahasa Korea sebelum mereka memulakan penggambaran.

“Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu,” tambahnya lagi.

Dia membuat komen itu sebagai mengulas kecaman hebat netizen menerusi laman Twitter baru-baru ini dan ada yang turut menganggap bahawa mereka sedang berlakon dalam drama Hindustan.

Mereka yang ‘fasih’ berbahasa Korea itu turut menganggap gaya bahasa Eyka dan Nadzim seperti pelik dan lucu.


Namun, Eyka yang kecewa dengan kata-kata netizen itu turut meminta agar penonton memahami terlebih dahulu jalan cerita drama tersebut.

Drama itu mengisahkan tetang seorang gadis lepasan SPM yang sangat meminati kumpulan K-Pop sehingga sanggup menghadiri kelas bahasa Korea dan mengumpul hasrat untuk terbang ke negara Winter Sonata itu.

“Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama.

“Sebelum kecam, mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-Pop sehingga sanggup belajar bahasa itu,” tambahnya lagi.

Mungkin disebabkan netizen terlampau ‘fasih’ bahasa Korea sehingga memberi komen bagaikan juri profesional pula dalam drama tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori