• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: Kenal Pasti Pemilik Rumah, Tanah Terbiar

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Kawasan rumah dan tanah terbiar di Terengganu dikenal pasti antara lokasi utama tempat pembiakan nyamuk aedes kerana ia menjadi tempat ‘pembuangan sampah tidak rasmi’ oleh masyarakat setempat.

Sehubungan itu, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Terengganu terutama di kawasan yang dilaporkan berlaku kes demam denggi perlu mengenal pasti pemilik rumah dan tanah terbiar untuk memudahkan kerja gotong-royong diadakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang berkata sebagai contoh, terdapat tiga sekeluarga menghidap demam denggi di Kampung Pengkalan Berangan di sini sedangkan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah mereka.

“Namun pemeriksaan mendapati tempat pembiakan nyamuk aedes itu berada di kawasan rumah terbiar yang terletak bersebelahan rumah mangsa dan di kampung ini juga terdapat enam rumah terbiar yang sukar dimasuki kerana faktor keselamatan…jadi proses membersihkan itu sukar dilakukan kecuali mendapat keizinan pemilik rumah atau tuan tanah.

“Saya berharap JKKK dengan kerjasama Pejabat Daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengenal pasti pemilik rumah terbiar ini agar kita boleh dapat keizinan masuk untuk membersihkan…atau jika mereka tidak mahu lagi rumah itu, kita boleh robohkan bagi memastikan ia tidak lagi menjadi tempat pembuangan sampah sekali gus lokasi punca wabak denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong ‘Ayuh Gempur Aedes’ yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar di sini hari ini.

Lebih 200 masyarakat setempat hadir ke majlis gotong-royong perdana itu yang melibatkan Pejabat Daerah, Majlis Daerah Marang, Jabatan Kesihatan dan murid sekolah.

A Latiff yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata program gotong-royong perdana itu adalah permulaan kepada lebih banyak program pembersihan seumpama itu di kawasan DUN tersebut.

“Kita tidak mahu berlaku satu lagi wabak denggi di kawasan ini…semoga kejadian menimpa tiga sekeluarga itu akan menjadi kes pertama dan terakhir di Marang khususnya di Pengkalan Berangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd