• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taska, Tadika Di Flat Jika BN Rampas Selangor

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Taska dan tadika akan ditempatkan di setiap kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah di Selangor jika Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata ia bertujuan memberi kemudahan kepada generasi muda yang baru berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil untuk menghantar anak mereka ke taska dan tadika di kawasan kediaman masing-masing.

“Kita akan selaraskan konsep seperti taska dan tadika oleh Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang disediakan di blok perumahan dan kosnya agak murah kerana ditanggung kerajaan,” katanya selepas melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.

Terdahulu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kementeriannya meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan perumahan di Mentari Court di sini yang didiami kira-kira 15,000 penduduk.

Turut diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memasang alat perangkap nyamuk yang menggunakan tenaga solar iaitu ‘Integrated Mosquito Management’ bagi menangani kes denggi di kawasan Lembah Klang terutamanya di Selangor yang dikatakan merekodkan kes tertinggi.

Noh mendakwa kerajaan negeri Selangor dilihat masih gagal menangani kes denggi dan sehubungan itu kerajaan persekutuan bersedia membantu.

“Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju meluluskan RM10 juta tetapi pada peringkat pertama diberikan RM1 juta dahulu. Apabila melibatkan kesihatan, kita (kerajaan persekutuan) bantu tidak pilih parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd