• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembalinya Tun M Sebagai PM Rosakkan Negara

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kembalinya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Dr. Mahathir akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Ini merupakan satu tindakan kitar semula dan akan membuatkan rakyat melihat bahawa tidak ada tokoh lain dalam Pakatan Harapan yang lebih layak menjadi perdana menteri, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, hari ini.

Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan turut mengumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Terdahulu, Ahmad Zahid menggesa kelab pencegahan jenayah di peringkat sekolah diisi dengan pelbagai program dan aktiviti selain daripada ceramah bagi mendedahkan para pelajar tentang bahaya jenayah dan cara mengelaknya.

Katanya, pihak sekolah perlu melaksanakan program berbentuk berhikmah dan mempunyai maksud tersirat termasuk menerusi kerjasama dengan pihak lain seperti Polis Diraja Malaysia agar pelajar dapat menghayati akibat kesalahan jenayah.

Beliau juga berkata Malaysia mempunyai pelbagai undang-undang bagi kesalahan juvana, namun ada antaranya perlu dikaji semula supaya ia tidak hanya menghukum semata-mata tetapi juga dapat memberikan pendidikan.

“Sebagai contoh kokurikulum yang diajar di Sekolah Henry Gurney telah berkesan kepada pelaku jenayah kanak-kanak atau juvana berbanding diletakkan mereka di penjara,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim dan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Konvensyen sehari anjuran MCPF Kuala Lumpur itu disertai warga pendidik dari Kuala Lumpur dan Putrajaya bertujuan memberi pendidikan pencegahan jenayah dan meningkatkan kesedaran tentang trend semasa jenayah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalin Kerjasama Strategik Jayakan TMW 2018

Next Post

“Ini Yang Kami Terima Dari Keluarga Bekas Adik Ipar”

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

"Ini Yang Kami Terima Dari Keluarga Bekas Adik Ipar"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd