• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ke Mana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi”

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat tuduhan keatas kerajaan berkali-kali, tetapi apabila diminta berhubung untuk diberikan penjelasan tak mahu.

Itu taktik jelas pemimpin pembangkang untuk mengelak daripada perkara sebenar disebalik tuduhan mereka diketahui umum.

Terbaru, pemimpin DAP Johor, Liew Chin Tong menyebarkan dakwaan berlaku perpindahan pendaftaran pengundi di Sembrong.

Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Onn Hafiz berkata, beliau meminta Chin Tong berhubung dengannya sejak 22 Disember lalu bagi memberi penjelasan.

Malah, katanya, beliau mahu membawa Ahli Parlimen Kluang itu untuk membuat semakan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Beliau (Chin Tong) bagaimanapun enggan dan kekal dengan motif jahat untuk terus melakukan tuduhan dan memanipulasi berhubung hal ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Sembrong ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pertahanan.

Justeru, kata Onn, motif sebenar pemimpin DAP Johor itu adalah cuba mengalihkan perhatian penduduk Kluang yang mula mempersoalkan peranan beliau sejak menjadi wakil rakyat kawasan Parlimen tersebut.

Kata beliau, masyarakat di Kluang tertanya-tanya apakah peranan dan bantuan diberikan Chin Tong kepada mereka selain daripada cuma pandai bermain dengan spekulasi dan tuduhan berbanding berkhidmat.

“Budaya ini tidak ubah seperti penasihat mereka Lim Kit Siang di Gelang Patah yang hanya kelihatan sewaktu pilihan raya tetapi tidak kunjung tiba sewaktu rakyat memerlukan. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Chin Tong dan sekutunya (Pakatan Harapan) supaya menyelesaikan masalah dalaman yang sedang mereka hadapi ketika ini terlebih dahulu.

“Kita sedia maklum DAP kini dilihat boneka Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mendapat tentangan hebat ahli DAP yang membawa kepada pergolakan dalaman,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Blog FitnahDAPKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd