Sunday, November 10, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Treler Simen...

KUANTAN - Dua lelaki ditahan beberapa jam selepas lori yang dilaporkan hilang di...

Hatsune Yanai Wakil Dari...

PUTRAJAYA - Wakil dari Jepun, Hatsune Yanai dinobatkan juara bagi kategori Antarabangsa Pertandingan...

Rakyat Rohingya Sokong Pasukan...

DEMAM bola sempena Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur masih lagi terasa. Ini bukan...

Rogol Budak, Penghantar Barang...

MUAR: Penghantar barang dipenjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas Mahkamah Tinggi menolak...

Kayuhan MAIPs Peduli Sumbang Kepada 6,598 Asnaf

KANGAR – Sebanyak 6,598 asnaf seluruh Perlis menerima sumbangan berjumlah RM3,833,400 melalui program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ menjejak asnaf dalam tempoh lima tahun dari 2013 hingga 2017.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu diketuai sendiri Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua majlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkongsi cerita melalui catatan Facebook terbaharu beliau berkata Raja Muda mengayuh basikal masuk ke kampung atau taman perumahan untuk menyampaikan sendiri sumbangan dan bantuan sebanyak RM500 atau RM600 kepada setiap asnaf atau penerima.

Katanya dalam tempoh lima tahun baginda telah mengetuai 393 kayuhan di seluruh pelosok Perlis dan pada tahun lepas sahaja sejumlah RM2,077,800 wang sumbangan diberi kepada 3,463 asnaf dengan masing-masing mendapat RM600.


Bantuan yang diberikan itu tidak termasuk sumbangan secara terus oleh agensi, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan yang menyertai program kayuhan tersebut, kata Mohd Asri.

Beliau berkata bagi 2018, program pertama yang berlangsung 1 Jan lepas bermula di Masjid Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan meliputi kawasan sekitarnya. – BERNAMA

Kategori