• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kayuhan MAIPs Peduli Sumbang Kepada 6,598 Asnaf

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sebanyak 6,598 asnaf seluruh Perlis menerima sumbangan berjumlah RM3,833,400 melalui program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ menjejak asnaf dalam tempoh lima tahun dari 2013 hingga 2017.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu diketuai sendiri Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua majlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkongsi cerita melalui catatan Facebook terbaharu beliau berkata Raja Muda mengayuh basikal masuk ke kampung atau taman perumahan untuk menyampaikan sendiri sumbangan dan bantuan sebanyak RM500 atau RM600 kepada setiap asnaf atau penerima.

Katanya dalam tempoh lima tahun baginda telah mengetuai 393 kayuhan di seluruh pelosok Perlis dan pada tahun lepas sahaja sejumlah RM2,077,800 wang sumbangan diberi kepada 3,463 asnaf dengan masing-masing mendapat RM600.

Bantuan yang diberikan itu tidak termasuk sumbangan secara terus oleh agensi, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan yang menyertai program kayuhan tersebut, kata Mohd Asri.

Beliau berkata bagi 2018, program pertama yang berlangsung 1 Jan lepas bermula di Masjid Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan meliputi kawasan sekitarnya. – BERNAMA

Tags: Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencinta Aktiviti Lasak Poland Dipelawa Ke Perlis

20/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak pencinta kegiatan lasak di Poland supaya memilih negeri...

Guru Harus Kritis Fikiran Berkelas Dunia

13/05/2018
0

KANGAR - Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi menjayakan transformasi pendidikan negara, titah Raja Muda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd