• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Cemerlang Mengandung, Dirogol

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAM…seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga pelajar cemerlang di sekolahnya, telah mengandung lima bulan selepas dirogol berulang kali oleh pengawal keselamatan di sekolahnya, sejak dua tahun lalu.

Kisah yang berlaku kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Lele itu hanya diketahui apabila ibu bapanya cuba mengatur untuk menggugurkan kandungan berkenaan.

Lelaki yang merogolnya itu pula berusia dalam lingkungan 50-an dan telah berkeluarga. Dia ditahan oleh polis di Biyang, China kerana merogol kanak-kanak bawah umur.

Ibu bapa Lele sebelum ini tidak menyedari bahawa anak mereka dirogol hinggalah selepas pemeriksaan perubatan mendapati dia mengandung lima bulan. Pemeriksaan perubatan itu hanya dilakukan selepas ibunya mendapati anaknya itu tidak sihat.

Ibunya yang terkejut dengan keadaan anaknya telah menghubungi polis. Lele hanya berusia sembilan tahun ketika dia pertama kali dirogol lelaki itu.

Ada ketikanya ketika Lele bermain di sekolah, dia telah ditarik oleh pengawal keselamatan ke sebuah bangunan terbengkalai lalu dirogol.

Lele sebelum ini adalah pelajar cemerlang namun sejak dua tahun lalu dia menjadi pendiam. Dalam pada itu, polis memaklumkan suspek dikenali sebagai Liu Baoming. Dia mengaku merogol Lele pada Julai 2017.

Sementara guru besar di sekolah Lele pula memberitahu Liu telah bekerja di sekolah itu sejak enam tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakkes rogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.