• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kan Den Dah Kobaaaaaaa………!!!”

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Legenda dunia kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau Ujang kecewa kerana filem yang diadaptasi daripada novel beliau, JIBAM kini boleh ditonton di internet.

Beliau melahirkan rasa dukacita kerana penerbit filem itu tidak mengendahkan permintaannya supaya JIBAM ditayangkan di saluran Astro First sebelum ini.

Menurutnya, beliau tidak bersetuju JIBAM ditayangkan di Astro First kerana ia bakal dicetak rompak dan seterusnya boleh ditonton secara dalam talian.

“Apobilo producer sms bagitau kek den JIBAM nak masuk Astro first…. den koba jangan nanti kono pirate. Potang tu jugak den sughuh block. Tapi producer koba tak boleh nak block sobab dah masuk system.

“Mako ayat last den jawap ‘Kalau macam tu tunggu je lah dalam 2-3 hari lagi JIBAM akan masuk Facebook dan YouTube’. Lopeh tu den blah ke pulau pangkor 3 hari sobab maleh nak somak an kepalo.

“Malam tadi de balik tang pulau member-member Facebook hantar kek den link ni. Kan den dah kobaaaaaaa………!!!,” katanya dalam satu kenyataan menggunakan dialek Negeri Sembilan di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik “print screen” laman web pencurimovie yang menawarkan tayangan filem JIBAM kepada pengikut laman internet itu.

Novel JIBAM bukan karya asing buat rakyat Malaysia yang membesar sekitar tahun 1980-an dan 1990-an iaitu pada waktu buku merupakan bahan bacaan utama masyarakat negara ini.

Naskhah tentang kisah kanak-kanak istimewa atau nama panggilannya Jibam mencungkil kehidupan dan keistimewaannya termasuk keupayaan menyembuhkan penyakit di sebalik pandangan sepi masyarakat ke atasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jibam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ujang Anggap Keajaiban Pawagam Mula Penuh

14/12/2017
0

KUALA LUMPUR - "Keajaiban demi keajaiban berlaku pada JIBAM'" kata legenda dunia kartunis tanah air, Ujang. Menurut beliau, selepas hampir...

Filem JIBAM Kurang Sambutan?

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Legenda dunia kartunis tanah air, Ujang pernah mengharapkan filem JIBAM yang bakal ditayangkan di pawagam mendapat sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd