• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kak Ton’ Hadapi 11 Tuduhan Babit Kerugian RM44,000

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 11 pertuduhan melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM44,000 sejak akhir Disember 2016 sehingga Oktober tahun lepas.

Tertuduh Zaiton Man, 48, atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim, yang kemudiannya menetapkan 15 Februari untuk sebutan semula kes itu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menawarkan pakej umrah yang tidak wujud sehingga mendorong kesemua mangsa menyerahkan wang secara tunai dan memindahkan wang ke dalam akaun tertuduh.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan sejak Disember 2016 hingga Oktober tahun lepas di Felda Keratong, Bandar Muadzam Syah, dan Bandar Tun Razak, di sini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda.

​​​​​​​​​​​​​​Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri.

Zaiton yang diwakili oleh peguam Osman Abdullah kemudian dibenarkan diikat jamin sebanyak RM35,500 bagi semua pertuduhan, dan tertuduh membayar wang ikat jamin berkenaan.

Sebelum itu seorang lelaki dipercayai suami tertuduh mengugut untuk menyaman wartawan yang hadir yang membuat liputan kes berkenaan sekiranya gambar isterinya disiarkan.

Keadaan itu menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara petugas media dan lelaki berkenaan sehingga menarik perhatian orang ramai yang hadir di mahkamah. – BERNAMA

Tags: Kes Tipu Umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Hadapi 5 Pertuduhan Tipu Pakej Umrah

02/08/2018
0

TEMERLOH - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, masing-masing didakwa atas lima pertuduhan kerana menipu...

Polis Tahan Dalang Utama Kes Penipuan Umrah

16/02/2018
0

KUANTAN – Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang utama kes penipuan pakej umrah baru-baru ini yang dikatakan turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd