• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurujual Mesin Air Didakwa Salah Guna Wang Syarikat

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang jurujual mesin air dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM58,000 yang dimasukkan ke dalam akaun tempat dia bekerja, dua tahun lalu.

Muhammad Ashraf Johari, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Majistret Nur Shahirah Abdul Salim dan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyalahgunakan wang tunai sebanyak RM38,000 yang dimasukkan oleh Jafri Othman, 48, ke dalam akaun milik Pro Vending One (M) Sdn Bhd, yang mana tertuduh mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang daripada akaun syarikat tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan wang berjumlah RM20,000 yang dimasukkan oleh Ahmad Johari, 56, ke dalam akaun sama.

Kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukan di Summit Hotel dan Geno Hotel, di sini, antara Dis 2016 dan Jan 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Rosmira Embong memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga selain anak sulungnya menghidap penyakit ketumbuhan mata.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah hingga kes selesai dan menetapkan 20 dan 28 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee dan Abu Arsalnaa Zainal Abidin. – BERNAMA

Tags: jurujual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

17/05/2023
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menculik dan mengurung seorang jurujual...

Jurujual Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Dibebaskan

28/10/2019
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd