• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurugambar Wallpaper Ikonik Windows XP Memukau Lagi!

oleh AK-47
31/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda seperti penulis yang membesar pada era 90-an, pasti masih ingat paparan skrin perisian Windows XP pada komputer berjudul “Bliss” ini, kan?

Dianggarkan kira-kira 1 bilion orang telah ‘berkesempatan’ melihat wallpaper ikonik ini, menjadikan ia gambar paling banyak dilihat di dunia!

Bliss (California). – Kredit imej: Charles O’Rear/Microsoft

Pada tahun 1996. O’Rear telah merakamkan gambar popular itu di Sonoma County, California menggunakan kamera format sederhana.

Pada mulanya, gambar itu dihantar kepada Corbis, yang merupakan sebuah syarikat periklanan dan perlesenan di Amerika Syarikat (AS), sebelum Microsoft membeli hak ciptanya pada tahun 2000, setahun sebelum pelancaran Windows XP.

Charles O’Rear

Kini, 21 tahun selepas merakamkan Bliss, Charles O’Rear berazam untuk mengulangi kejayaannya untuk menghasilkan ‘generasi baru paparan skrin’ dan imej-imej yang dirakamka kali ini juga ternyata amat menakjubkan.

O’Rear yang kini berusia 76 tahun berkata, beliau menyedari bagaimana gambar Microsoft Bliss itu menjadi salah satu ikon pop culture.

“Saya telah menikmati setiap minit populariti saya sebagai jurugambar yang merakamkan gambar paling banyak dilihat dalam sejarah,” kata O’Rear.

Bekerjasama dengan syarikat penerbangan Eropah, Lufthansa, dalam projek siri foto berjudul New Angles Of America, peminat O’Rear kini boleh mendapatkan paparan skrin terbaharu hasil bidikan kameranya melalui telefon pintar.

Masih bertemakan kecantikan alam semulajadi di AS, O’Rear masih bisa mengekalkan ‘magis’nya. Lihat saja hasil fotografinya di bawah ini!

Maroon Bells (Colorado). – Kredit imej: Charles O’Rear
White Pocket (Arizona). – Kredit imej: Charles O’Rear
Peek-A-Boo Slot (Utah). – Kredit imej: Charles O’Rear

“Sekuel Bliss ini menyasarkan pengguna telefon pintar kerana peranti itu merupakan wadah utama masyarakat dunia untuk melihat fotografi baharu dan menarik. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya berharap siri foto kali ini turut dapat dinikmati oleh jutaan pengguna telefon pintar di seluruh dunia, seperti yang dicapai oleh Bliss,” kata O’Rear lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: fotografiMicrosoftWindows
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

31/07/2024
0

WASHINGTON : Microsoft Corp memaklumkan mereka sedang menyiasat gangguan pada beberapa aplikasi Office dan perkhidmatan Cloud. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat Malaysia Mahir AI Menjelang 2025

02/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Microsoft menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia mendapat kemahiran kecerdasan buatan (AI) menjelang 2025, kata Pengerusi dan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd