Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Jenazah Rakyat Malaysia Lemas...

SEPANG - Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na'imullah Zubir, 26, yang ditemukan lemas...

Axiata Kembali Rancang IPO...

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd mengkaji semula untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO)...

Sebutan Kes ‘Raja Bomoh’...

IPOH : Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, membenarkan sebutan kes lelaki...

Najib Ketuai Delegasi Malaysia...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia...

Jurong West Catat Suhu Terendah 21.4 Darjah Celcius

SINGAPURA – Jurong West mencatatkan suhu terendah di Singapura iaitu 21.4 darjah Celsius (°C) setakat pukul 4 petang tadi.

“Singapura terus mengalami cuaca sejuk dan hujan berikutan pergerakan angin monsun,” kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam ramalan cuaca terkini yang dikeluarkannya.

NEA berkata suhu paling tinggi ialah 24.7 darjah Celsius di Sentosa.

Semalam, Jurong West juga mencatatkan suhu terendah 21.6 darjah Celsius dan suhu minimum harian di lokasi-lokasi lain ialah antara 21.7 darjah Celsius dan 23.1 darjah Celsius, kata NEA.

Menurut NEA, sejak lima tahun lalu, suhu di bawah 21.4 darjah Celsius di republik itu telah dicatatkan pada 2013 (20.0 darjah Celsius), 2014 (20.1 darjah Celsius) dan 2016 (21.2 darjah Celsius).

Agensi kaji cuaca itu berkata musim hujan sekarang dijangka reda secara beransur-ansur pada hujung minggu.

Untuk beberapa hari akan datang, suhu terendah diramalkan antara 22 darjah Selsius dan 24 darjah Celsius, kata agensi itu.


Di Malaysia, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah antara antara tempat yang mencatatkan suhu rendah 21 darjah Celsius sejak tengah malam lebih rendah daripada biasa 31 darjah Celsius hingga 32 darjah Celsius, menurut Jabatan Meteorologi.

Cameron Highlands dilaporkan mencatatkan suhu 15 darjah Celsius hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata cuaca sejuk ialah fenomena biasa semasa musim monsun timur laut dari November hingga Mac. – BERNAMA

Kategori