• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Keluarkan Lebih 21,000 Saman Dalam Ops Patuh

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,613 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan dalam Ops Patuh yang dijalankan di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga 30 Dis 2017.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata saman berkenaan melibatkan kesalahan seperti lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Katanya, dalam tempoh sama 42,478 kenderaan diperiksa dan lebih 28,000 notis dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan itu selain 72 kenderaan disita.

“Kita mendapati kebanyakan kenderaan yang disita dipandu oleh warga asing… kebanyakan mereka tidak mempunyai lesen memandu.

“Selain itu, notis dikeluarkan untuk pemilik kenderaan membawa kenderaan menjalani pemeriksaan misalnya untuk pemeriksaan cermin gelap,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Ops Patuh di Jalan Bangsar di sini, awal hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ismail Mohd Zawawi berkata dalam Ops Patuh berkenaan, 2,896 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

Menurutnya, 724 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kepada pemilik kenderaan dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam tadi dan berakhir pada 1 pagi ini. – BERNAMA

Tags: Ops Patuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd