• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jin Wei Mahu Uji Kemampuan Di Malaysia Masters

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mahu meraih pengalaman berharga sekali gus menguji kemampuan sebenarnya beraksi bersama pemain terbaik dunia yang bakal menyertai kejohanan badminton Perodua Malaysia Masters 2018.

Pemenang pingat emas Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur itu dijadual bertemu Mette Poulsen dari Denmark di pusingan kelayakan kejohanan berkenaan yang akan berlangsung di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil dari 16 hingga 21 Jan ini.

“Malaysia Masters kali ini lebih sengit berbanding tahun lepas, namun ini peluang terbaik saya untuk menguji kemampuan. Saya tidak terlalu menyasarkan apa-apa keputusan kerana bagi saya, bertemu pemain kelas dunia satu pengalaman berharga.

“Mereka merupakan pemain berpengalaman, jadi banyak benda baharu boleh saya pelajari sekiranya berpeluang beraksi menentang mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara pemain perseorangan wanita yang bakal mengambil bahagian dalam Malaysia Masters ialah pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying, Akane Yamaguchi (nombor dua dunia) dan P.V. Sindhu (nombor tiga dunia).

Jin Wei berkata sebagai pemain remaja, beliau perlu menunjukkan lonjakan prestasi dan jika berjaya membuat kejutan ia sudah pasti memberi semangat kepadanya serta pemain muda lain.

“Saya akui kali ini merupakan satu kejohanan yang sukar bermula daripada pusingan kelayakan lagi kerana setiap pemain mempunyai kualiti tersendiri. Namun saya mahu fokus dan berjuang untuk melepasi pusingan kelayakan terlebih dahulu,” katanya.

Malaysia Masters 2018 yang berstatus Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Tahap Empat menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$350,000 (RM1.4 juta). – BERNAMA

Tags: Goh Jin Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jin Wei Mara Ke Suku Akhir Masters Korea

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara Remaja Dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlangnya untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters...

Segalanya Mungkin, Kenapa Tunggu 2024 – Jin Wei

20/11/2018
0

SEPANG - Juara Remaja Dunia yang baharu, Goh Jin Wei mungkin tidak perlu menanti sehingga Sukan Olimpik 2024 di Paris...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd