• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Salahkan Sajat Atau Riz Ulala” – Safiey

oleh
17/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Safiey Ilias memang sudah tidak asing lagi di media sosial selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi panas yang melibatkan rahsia identiti jantinanya.

Terbaru, Safiey menerusi salah satu posting dalam laman Instagram, meminta agar orang ramai tidak menyalahkan dua public figure terkenal, Nur Sajat dan Rizulala atas perubahan yang berlaku ke atas dirinya.

Berdasarkan entri tersebut, Safiey mengakui sudah penat berdepan dengan pelbagai persoalan yang boleh melaga-lagakan hubungannya dengan dua ‘wanita’ cantik tersebut.

Bahkan, Safiey juga memohon agar orang ramai agar berhenti menyalahkan ataupun mengaitkan Sajat serta Riz dengan mendakwa kononnya mereka adalah penyebab utama beliau kembali ke ‘jalan hitam’.

“Nak cakap sikit boleh tak? Janganlah salahkan sesiapa terutama Sajat atau Riz Ulala atas apa yang berlaku pada saya (fahamkan apa saya maksudkan).

“Sebab saya jadi sedih kadang-kadang bila korang tanya soalan itu ini menyebabkan kami pula ada salah faham. Apa yang berlaku kepada saya adalah atas pilihan saya. Tak ada kaitan dengan sesiapa.

“Janganlah tanya soalan yang kadang boleh melukakan hati sesiapa. Janganlah komen yang kadang boleh menyebabkan salah faham. #Lelakicantik #dsiempire #perlashinekapsulmutiara #reborn #perlaking,“ tulis Safiey.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 10,000 likes itu dilihat menerima pelbagai reaksi netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus mencuri perhatian ramai terutamanya netizen di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Nur Sajatriz ulalaSafiey Iliassafiey iliyassafiey illiassajat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit

Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman mencetuskan perhatian ramai apabila berkongsi status menyayat hati dari sebuah hospital, sekali...

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

16/08/2023
0

Ampang : Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd