• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Iyalah, Saya Bukan Ada Orang Bela” – Rita Rudaini

oleh
06/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN memegang status ibu tunggal, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon, Rita Rudaini meneruskan hidup bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Tambahan pula, sesi persekolahan yang baru sahaja bermula menuntut Rita untuk memberi lebih lebih perhatian terhadap kedua-dua anaknya yang masing-masing baru sahaja memasuki pembelajaran tahun satu dan tiga.

Ekoran perkara tersebut, aktres berusia 41 tahun tersebut memberitahu bahawa beliau telah mengambil cuti selama dua minggu bagi menguruskan hal persekolahan dua cahaya mata kesayangannya.

“Bukan senang jadi ibu tunggal. Saya kena kerja lebih untuk membahagiakan anak-anak, termasuk mengatur perbelanjaan sekolah mereka.

“Jauh lagi perjalanan ini. Iyalah, saya bukan ada orang ‘bela’. Saya sendiri yang kena menanggung dan membela anak.

“Tapi, alhamdulillah, rezeki anak ada saja. Cukup makan dan pakai untuk kami anak beranak, saya sudah bersyukur,” katanya dipetik BH Online.

Katanya lagi, Rita mengakui lega apabila Arjuna yang baru memasuki pembelajaran tahun satu itu mula menunjukkan sikap berdikari.

“Arjuna suruh saya balik rumah dan tak perlu menunggu di sekolah. Dia memang tampak berdikari. Namun, saya tetap tunggu sebab sudah mengambil cuti bagi meluangkan masa dengan anak.

“Masa beginilah paling bernilai kerana dapat tengok mereka membesar depan mata. Maklumlah, saya tak ada pembantu rumah mahupun pembantu peribadi,” katanya.

Selain itu, Rita turut mengakui dirinya sememangnya jenis yang ‘mak-mak’ di mana semua hal harus diuruskan depan mata sendiri.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana segalanya berjalan lancar selain merasakan sudah beri sehabis baik buat Rayyan dan Arjuna.

Dalam perkembangan lain, Rita kini sedang sibuk dengan tugas sebagai pengacara program terbitan stesen TV3, WOW Sangat yang disiarkan setiap Ahad.

Ujarnya, beliau bersedia melangkah ke dunia pengacaraan selepas peroleh keyakinan ketika diberi peluang mengendalikan malam kemuncak Drama Festival Kuala Lumpur 2017 lepas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Rita Rudaini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd