• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Islam Larang Kerjasama Yang Membawa Keburukan

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRANG (Thailand) – Islam melarang sebarang kerjasama yang membawa kepada keburukan, sebaliknya menyeru umatnya bersatu ke arah kebaikan dan ketakwaan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah umat Islam hidup dalam keadaan yang sejahtera, justeru mereka juga perlu memastikan sesiapa yang berurusan dengan mereka turut merasai kesejahteraan itu.

“Tiada tempat dalam agama ini keganasan, sikap yang keras, enggan menyertai perkara-perkara yang baik dan bersikap inklusif berhubung dengan kebajikan.

“Ini bukan sikap umat Islam yang merupakan pembawa rahmat untuk seluruh alam,” titah baginda ketika berkenan menutup seminar Ummatan Wahidah 2018 di sini, hari ini.

Seminar anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama Majlis-majlis Agama Islam (MAI) enam wilayah Andaman adalah bersempena program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Trang yang disertai baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Antara anggota panel pada seminar yang dihadiri lebih 400 peserta dari Perlis dan Thailand itu ialah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor Universiti Fatoni, Dr. Ismail Lutfi Abdul Rahman Japakiya.

Terdahulu, baginda berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh enam Yang Dipertua MAI wilayah Andaman iaitu Krabi, Phuket, Trang, Panga, Satun dan Ranong.

Semasa perjumpaan itu baginda turut mengingatkan enam Yang Dipertua MAI terbabit agar memastikan setiap masjid memainkan peranannya sebagai ‘markaz talluf’ atau pusat penyatuan hati umat Islam.

“Umat Islam khususnya golongan belia seharusnya digalak serta didorong menghadirkan diri, memakmurkan dan mengimarahkan masjid atau musolla yang ada di sekeliling mereka.

“Hindarilah perkara yang ditegah atau sia-sia di dalam masjid dan sentiasalah bermusyawarah dalam mencapai keputusan dan janganlah menimbulkan perbalahan sesama masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah kesatuan umat sangat penting untuk sama-sama membina tamadun atau peradaban yang tinggi. – BERNAMA

Tags: islamRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd