Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Polis Lepaskan Tembakan Suspek...

TASEK GELUGOR - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dinaiki tiga...

NGO Pahang Lapor Polis...

KUANTAN - Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) membuat laporan polis ke atas pemilik...

Russia Uji Serentak Beberapa...

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin semalam mengumumkan kejayaan pasukan tentera melancarkan serentak beberapa ujian...

Tiada Niat Buka Aib,...

DI SAAT ada media tempatan memaparkan pendedahan semula sisi gelap Datin Seri R0smah...

Iqram Dinzly ‘Serbu’ Pentas, Nabila Pun Akui Terkejut

RAKAMAN memaparkan aksi pelakon, Iqram Dinzly yang muncul secara tiba-tiba ketika penyanyi, Nabila Razali sedang membuat persembahan di sebuah karnival tular di media sosial.

Netizen mula mendakwa tindakan Iqram itu tidak wajar malah ada juga yang beranggapan ia sebagai satu taktik pemasaran Nabila bagi meraih perhatian ramai sekali lagi seperti sebelum ini.

Baca: Bila Iqram Menari ‘Cumi-Cumi’ Dengan Nabila Razali…

Disebabkan perkara itu menjadi bualan hangat netizen, pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd. Razali tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Menurut Nabila, kemunculan Iqram di atas pentas ketika persembahan itu sama sekali tidak dirancang dan dia sendiri tidak menyangka aktor tersebut akan muncul di atas pentas untuk menari bersama-samanya.

Pun begitu, Nabila mengakui dia sememangnya tahu akan kehadiran pelakon itu dan menganggap apa yang dilakukan oleh Iqram sebagai tanda sokongan terhadap sesama rakan artis.

“Sejujurnya saya terkejut. Kalau ikutkan memang saya diberitahu yang Iqram Dinzly akan naik sebagai appearance. Tapi, selepas habis lagu Pematah Hati. Terkejut sebab tiba-tiba beliau naik tengah-tengah saya menyanyi.

“Jadi, saya cakap lah. Eh, kenapa orang dah tak pandang saya menyanyi and then saya tengok belakang. Eh…Iqram Dinzly kat belakang,” kata Nabila dipetik mStar Online. 


Mengakui terkejut dengan perkara itu, Nabila pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Iqram kerana sudi menyokong sekali gus memeriahkan suasana pada malam itu.

“Tak ada lah takut. More to terkejut sebenarnya. Kita tak pernah menyangka akan ada orang yang tiba-tiba naik dan orang itu adalah Iqram Dinzly.

“Dan seperti mana kita tahu video-video tular sebelum ini. Okay, tak banyak tapi sedikit saya rasa macam, apa nak buat ni? Tapi tak ada lah takut, saya faham dia cuma ingin support lagu-lagu tempatan. Bagi saya benda tu sangat baik.

“Terima kasih juga lah saya nak ucapkan kepada abang Iqram Dinzly yang sudi memeriahkan lagi malam tu,” ujar penyanyi itu yang juga merupakan graduan lepasan Universiti Sains Malaysia.

Sehingga kini, rakaman video berkenaan terus menjadi perhatian di seluruh Malaysia dan menjadi menjadi ‘trending‘ di laman sosial khususnya YouTube. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori