• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Kegagalan Saya – Zidane Ulas Real Madrid Tewas

oleh Ahmad Albab
26/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZINEDINE Zidane mengakui dia bertanggungjawab selepas kelab bimbingannya tersingkir daripada saingan Cope del Rey.

Real Madrid tewas 2-1 kepada Leganes pada aksi suku akhir di Stadium Barnabeu awal pagi Khamis.

“Sudah tentu saya bertanggung jawab. Ini adalah kegagalan saya. Kami tidak bermain seperti dalam perlawanan ketika separuh masa pertama.

“Kami tidak bermain seperti yang sepatutnya. Ia malam yang sukar,” ujar Zidane.

Sementara itu, dua gol kemenangan Leganes menyaksikan mereka melakar kejayaan besar mara ke peringkat ini buat kali pertama.

“Kami sentiasa percaya boleh melakukannya. Aksi musim ini diteruskan dengan berharapkan beberapa gol dan berdepan dengan kesukaran, tetapi kami terus berusaha,” ujar jurulatih Asier Garitano.

Dua gol Leganes dijaringkan oleh Javi Eraso minit ke-32, manakala gol kemenangan oleh Gabriel minit ke-56.

Gol tunggal Real Madrid disumbat oleh Karim Benzema, minit ke-47.

Karier Zidane di Real Madrid dilaporkan goyang sejak akhir-akhir ini berikutan aksi yang kurang konsisten dan semakin ketinggalan 19 mata daripada pendahulu La Liga, Barcelona.

Apa yang pasti, bekas pemain antarabangsa Perancis itu perlu memastikan kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara bertemu Paris Saint Germain Februari ini bagi kedudukan selesa di kelab ini. – mStar Online

Tags: Real Madridzidane
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd