• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Beri Jaminan Bebaskan Nelayan Malaysia

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia hari ini memberi jaminan untuk membebaskan enam nelayan Malaysia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara itu.

Jaminan itu dinyatakan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti dalam pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

”Indonesia memberi jaminan akan membebaskan (nelayan terbabit) (namun) tak boleh dikeluarkan (dibebaskan) serentak, kerana ada beberapa urusan berkaitan pentadbiran, soal undang-undang, dan (proses) untuk membebaskan mereka dari pusat-pusat tahanan,” kata Ahmad Shabery, di sini.

Beliau berkata proses untuk membebaskan nelayan terbabit bermula hari ini, dan mereka terbabit akan dibebaskan secara berperingkat dan dijangka selesai selewat-lewatnya Februari ini.

Malaysia juga komited untuk turut membebaskan nelayan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan Malaysia, katanya.

“Di Malaysia juga perlu melalui proses yang sama (iaitu) proses pantadbiran, kelulusan daripada pihak peguam negara, pihak penjara dan sebagainya, (nelayan Indonesia) bersedia dilepaskan, sebahagiannya sedang menjalani hukuman sehingga Januari, dan selebihnya berakhir Februari ini,” kata Ahmad Shabery.

Proses pembebasan yang akan dilaksanakan itu adalah hasil persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 di Kuching, Sarawak pada November 2017.

Enam nelayan Malaysia yang ditahan itu ialah Low Siong Huat, 59, yang kini ditahan di penjara Tanjung Pinang; Chua Kee Chan, 63, (ditahan di penjara Labuhan Deli, Medan); Mahabob Hasimat, 55, (ditahan di penjara Tanjung Pinang); Leong Bian Seng, 61, (ditahan Batam); Abdul Rashid Nik, 53, (ditahan di Lanal Tarempa) dan Kamaruzaman Awi, 47, (ditahan di Lanal Tarempa). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd