• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IBR: SPRM Selangor Sedia Jumpa Azmin Bila-Bila Masa

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada bila-bila masa untuk berbincang mengenai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang masih belum ditandatangani oleh kerajaan negeri itu.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim berkata pihaknya sentiasa terbuka dan bersedia untuk mengadakan pertemuan berkenaan bagi memastikan penjawat awam di negeri tersebut bersama-sama dengan SPRM dalam mencegah rasuah.

“Pertemuan nanti adalah bagi memberi penjelasan apakah peranan yang dapat dijalankan oleh IBR ini dalam membantu mencegah jenayah rasuah di Selangor. Bagaimanapun tarikh perjumpaan belum lagi diputuskan.

“Diharap pertemuan berkenaan berjaya merealisasikan hasrat SPRM untuk melihat kerajaan negeri Selangor menandatangani IBR,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan lafaz IBR oleh warga kerja Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor di sini hari ini yang diketuai oleh Pengarahnya, Datuk Ghariff Ramin.

Alias berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang mengatakan Mohamed Azmin akan mengadakan perjumpaan dengan SPRM Selangor bagi menerangkan pendirian kerajaan negeri terhadap IBR.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini dilaporkan berkata semua kerajaan negeri kecuali Selangor telah menandatangani IBR.

Mengulas lanjut, Alias berkata setakat ini sebanyak 105 jabatan dan agensi kerajaan di Selangor telah menandatangani IBR.

“Terdapat kira-kira 50 agensi kerajaan lagi di sini yang dalam proses rundingan dan saya sasar penghujung tahun ini kesemua agensi ini akan tandatangan IBR,”katanya.

Pada majlis itu juga SPRM turut menerima 125 borang penyertaan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) daripada FAMA Selangor. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azmin AliIBR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Bidas Anwar Lantikan MPP PKR

29/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim...

“Saya Tidak Pernah ‘Claim Victory’, Media Salah Lapor”

16/11/2018
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau pernah mengisytiharkan kemenangannya dalam pemilihan parti baru-baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd